00:00Korea Utara mengkritik rancangan Korea Selatan membangunkan kapal selam berkuasa nuklear dengan mendakwa langkah itu boleh meningkatkan ketidakstabilan serantau.
00:10Menerusi kenyataan disiarkan Agensi Berita Negara KCNA, Kementerian Luar Korea Utara menyifatkan program kapal selam nuklear Korea Selatan sebagai ancaman
00:19kepada keselamatan semenanjung Korea.
00:24Pyongyang menegaskan ia perlu memiliki keupayaan serangan balas bagi menangkis tindakan ketenteraan daripada pihak lawan.
00:31Negara itu turut menegaskan ia akan memperkukuh keupayaan ketenteraannya bagi menghadapi ancaman daripada pihak yang dianggap sebagai musuh.
00:41Pada Mei lalu, pegawai Korea Selatan memaklumkan negara itu menyasarkan pelancaran kapal selam berkuasa nuklear pertama menjelang pertengahan dekad 2030
00:50-an.
00:50Program itu bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan Seoul dalam menghadapi ancaman peluru berpandu dan senjata nuklear yang boleh dilancarkan dari kapal
00:59selam Korea Utara.
01:01Korea Utara turut melancarkan sebutin peluru berpandu balistik ke arah perairan timur semenanjung Korea menurut pihak berkuasa Korea Selatan dan
01:09Jepun.
Comments