00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa pesawat yang dinaikinya secara rahsia dari Turki ke Britain bulan lalu sebenarnya lebih berisiko
00:09menjadi sasaran.
00:10Perjalanan secara rahsia itu merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan susulan laporan mengenai kemungkinan ancaman Iran untuk membunuh Trump.
00:53Terdahulu The Washington Post melaporkan Trump menerima ancaman Iran dan menukar ke pesawat Air Force lama
00:59walaupun dijadual menaiki pesawat Air Force One baharu yang didermakan Qatar.
01:05Laporan itu memetik seorang pegawai Amerika yang mengetahui operasi berkenaan serta seorang lagi individu yang mengetahui perjalanan Presiden
01:13sebagai berkata Trump menaiki Air Force One lama di hadapan kamera di Ankara.
01:19Beliau kemudiannya dibawa secara rahsia menggunakan sebuah trak katering lapangan terbang ke pesawat lebih kecil iaitu pesawat tentera ASC-32A.
01:28Pesawat C-32A itu kemudian terbang ke Britain dan tiba sekitar jam 10.20 minit malam.
01:35Manakala Air Force One lama yang membawa Trump dan anggota media tiba beberapa minit kemudian.
01:41Perjalanan itu merupakan lawatan antarabangsa pertama Trump menggunakan pesawat baharu berkenaan ketika ketegangan antara Amerika dan Iran semakin meningkat.
01:51Terima kasih telah menonton!
01:53Terima kasih telah menonton!
Comments