Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang wanita berusia 34 tahun ditahan selepas dipercayai merosakkan beberapa kenderaan dan mencetuskan panik di sebuah restoran di Kulim. Suspek yang mempunyai sejarah rawatan psikiatri dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Transcript
00:00Orang ramai di kawasan Taman Kemuning di Kulim Kedah cemas apabila seorang wanita yang mempunyai masalah kesihatan mental mengamuk sambil
00:07memegang dua bilah pisau pemotong sayur pada kedua-dua tangannya pada malam tadi.
00:12Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun terbabit dipercayai merosakkan beberapa kenderaan menggunakan pisau
00:21sambil menjerit sebelum memasuki sebuah restoran di kawasan tersebut.
00:27Menuruti video yang tular di media sosial, beberapa individu yang berada di dalam restoran itu dilihat lari bertempiaran kerana bimbang
00:34dicerudakan.
00:35Suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota unit kereta peronda MPV Ibu Pejab Polis Daerah IPD Kulim yang tiba di lokasi sejurus
00:42menerima maklumat berhubung kejadian.
00:44Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sindring berkata, seorang pengadu yang merupakan pekerja kilang maklumkan,
00:50wanita itu bertindak memecahkan cermin besar dan lampu bagian belakang kereta jenis Produa MyV miliknya.
00:56Katanya, kejadian berlaku ketika pengadu berada di sebuah kedai burger, manakala keretanya diletakkan di bahu jalan berhampiran deretan kedai di
01:03perumahan berkenaan.
01:05Ujahannya, tiba-tiba datang seorang wanita yang tidak dikenali sebelum hampir di kenderaan pengadu dan memecahkan cermin besar bagian belakang
01:11dan lampu belakang kereta berkenaan.
01:14Suspek dipercayai menggunakan pisau pemotong sayur yang dipegang pada kedua-dua belah tangan ketika melakukan perbuatan tersebut.
01:20Shamsung berkata anggota MPV yang menerima maklumat kemudian tiba di lokasi dan menahan suspek untuk tindakan lanjut.
01:27Suspek yang ditahan mempunyai kad orang kurang upaya OKU Mental dan mempunyai sejarah menerima rawatan psikiateri di Hospital Kulim sejak
01:332012 sehingga sekarang.
01:36Suspek kali terakhir mendapatkan rawatan di hospital berkenaan adalah pada Jun lalu.
01:40Tambahnya, suspek yang masih bujang kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim dengan bantuan pihak polis bagi mendapatkan rawatan.
01:46Wanita itu diberikan jaminan polis selepas dijemput ahli keluarganya sebelum dihantar ke hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun
01:54Keseksaan.
01:55Seksyen 427 Kanun Keseksaan
Comments

Recommended