00:00Baik, kami nak bawakan dapatan daripada tinjauan terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat penyelidikan Ipsos Malaysia yang mana pertumbuhan pembayaran tanpa
00:10tunai di Malaysia,
00:11kalau kita dapat lihat statistiknya, didorong terutamanya oleh penggunaan e-dompet yang meningkat hampir 30% dari tahun 2023 hingga
00:21tahun 2026.
00:23Dan kalau kita lihat rekod tertinggi dicatat pada tahun ini, 72% rakyat Malaysia telah pun menggunakan pembayaran tanpa tunai
00:34ataupun secara cashless dalam tempoh 3 bulan yang lalu.
00:37Dan ini meningkat sebanyak 12% berbanding dengan tahun lepas e-dompet ataupun e-wallet secara khususnya.
00:44Kalau kita lihat kekal, 76% penggunaannya berbanding tahun lepas sehingga tahun ini kekal dan mungkin kerana angkanya dan tahap
00:54ketembusan pada tahap 76% ini sudah pun tinggi.
00:58Tetapi kalau kita nak lihat secara menyeluruh dalam bigger picture kadar ini telah pun meningkat secara ketara berbanding tahun 2023
01:06-2024.
01:07hampir separuh pada 2023 tetapi dalam 3 tahun itu sudah pun menembusi sebanyak 76% penggunaannya dalam kalangan responden.
01:17Sebaliknya, kalau kita nak banding dengan kad debit dan kad kredit pada hujung sana,
01:21pembayaran berasaskan kad menunjukkan penurunan secara beransur-ansur dalam tempoh yang sama dengan 56% yang menggunakan kad debit pada
01:32tahun ini.
01:32manakala kad kredit pula menunjukkan penurunan yang sangat ketara hanya 9% dalam kalangan responden tetapi mungkin trendnya sudah pun
01:41mula menunjuk pada tahun 2023 sehinggalah pada tahun ini hanya 9% penggunaan kad kredit.
01:47Perbankan dalam talian pula ataupun online banking, pemindahan digital ataupun online transfer kita dapat lihat turun naik dalam 3 tahun
01:56kebelakangan ini.
01:57dengan 70% responden menggunakan perbankan digital pada tahun ini 2026 berbanding 66% pada tahun lepas meningkat hanya 4%.
02:08dan kalau kita nak lihat penggunaannya mengikut peringkat umur walaupun golongan muda masih mendalui penggunaan e-Dompet,
02:18kita dapat lihat penggunaannya bagi kumpulan umur 18 hingga 24 tahun 64% tinggi dan meningkat 2% berbanding tahun
02:28lepas dan juga peringkat umur 25 hingga 34 tahun
02:32yang sudah pun meningkat, tidak meningkat berbanding tahun lepas tetapi paling tinggi berbanding peringkat ataupun kumpulan lain 65%.
02:39Sebenarnya pertumbuhan yang paling ketara kini datang daripada pengguna berumur 35 tahun ke atas, 35 hingga 44 tahun meningkat.
02:50Sebanyak 9% hanya dalam tempoh satu tahun iaitu peningkatan yang agak ketara dan besar.
02:56manakala bagi golongan boomer ke atas ataupun 45 tahun ke atas, 44% meningkat sebanyak 4%.
03:04Jadi di sini kita dapat lihat golongan milenial menunjukkan peningkatan yang paling besar.
03:10Tetapi jurang penggunaan yang semakin mengecil antara kumpulan umur ini menunjukkan bahawa e-Dompet bukan lagi sekadar alat pembayaran generasi
03:18muda
03:18ataupun Gen Z dan sebagainya kerana kita lihat boleh kata sama rata.
03:23Dan kini mungkin kita boleh rumuskan sedapun menjadi tabiat harian, menjadi sebagian daripada kehidupan rutin seharian rakyat Malaysia.
03:32Merentasi peringkat umur dan mungkin juga latar belakang yang berbeza.
03:36Tetapi mungkin kita perlu juga mempersoalkan sama ada penggunaan yang meningkat ini sejajar dengan literasi
03:44ataupun tahap pengetahuan digital dan kewangan terutamanya apabila kita lihat kes penipuan dan skam dalam talian juga semakin berleluasa.
03:53Jadi banyak lagi laporan yang akan kami bawakan dalam sinar awal ini tapi kita akan beritirat seketika kembali selepas ini.
Comments