00:00Parti Kinabalu Progresif Bersatu APKO mahu perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Sabah dikaji semula khususnya berkaitan hak dan kepentingan Sabah
00:09dalam industri minyak dan gas.
00:11Presiden APKO, Dato' Iwan Benedict memberi perhatian serius terhadap dawaan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung
00:20Perjanjian Petronas 1976.
00:26Jelasnya isu yang dibangkitkan perjanjian tersebut yang menetapkan bayaran royalti minyak kepada Sabah pada kadar 5% didakwa tidak pernah
00:34dibentang atau dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri pada waktu itu.
00:38Tegasnya, sebarang perkara berkaitan minyak dan gas yang memberi kesan besar kepada Sabah perlu mendapat persetujuan Kerajaan Negeri.
00:45Beliau pada masa sama menolak pandangan bahawa industri minyak dan gas penuhnya merupakan bidang kuasa persekutuan hanya berdasarkan Akta Kemajuan
00:53Petrolim 1974.
00:55Mantan Ketua Menteri Tan Sri Haris Saleh memberi indikasi seolah-olah oil and gas ini merupakan juridiksi persekutuan dan memberi
01:10indikasi ianya tidak perlu dibincang dalam mesyuarat Kabinet Sabah
01:16hanya kerana Akta Kemajuan Petrolim 1974 telah diluluskan di Parlimen.
01:23Saya dan APCO tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan pendirian kita mana-mana perkara yang memberi kesan besar kepada Sabah
01:34harus mendapat persetujuan daripada Kerajaan Sabah.
01:37Sebab itu APCO akan mendesak supaya perjanjian Petronas mesti disimak semula.
01:43Iwan berkata demikian selepas persidangan perwakilan APCO ke-17 di Penampang Sabah hari ini.
Comments