00:00Pihak berkuasa tempatan PBT di Selangor diminta mengenalpasti tanah rintis yang masih kosong bagi mengelakkan kawasan itu terbiar dan digunakan
00:08oleh pihak tidak berkepentingan termasuk warga asing.
00:12Exko Infrastruktur dan Pertanian Negeri Datuk Isham Hashim berkata, tanah yang dikenalpasti itu kemudian boleh dimohon untuk pajakan sebelum dimanfaatkan
00:22menerusi aktiviti pertanian bandar seperti kebun komuniti atau program oleh pihak swasta.
00:30Beliau berkata langkah berkenaan memperoleh kawasan bandar diurus dengan lebih teratur sekaligus mengoptimumkan penggunaannya menerusi kegiatan pertanian bernilai tinggi.
00:41Jelasnya antara PBT yang telah melaksanakan inisiatif itu secara berperingkat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
00:48Izham memaklumkan program pertanian bandar seperti kebun komuniti turut mendapat sambutan apabila jumlahnya meningkat daripada 39 projek melibatkan 390 peserta
01:00pada 2024 kepada 66 projek dengan penyertaan 990 peserta pada 2025.
01:07Dalam tempoh sama, jumlah pengeluaran hasil pertanian turut meningkat daripada 33.6 tan kepada 49.9 tan manakala lebih 200
01:19kawasan kebun komuniti telah dibangunkan di kawasan PBT.
01:23Menurut Izham, perkembangan ini bukan sekadar memperluas penyertaan masyarakat dalam pertanian bandar, malah membantu meningkatkan pengeluaran makanan pada peringkat komuniti
01:35dan mempukukuh agenda keterjaminan makanan di Selangor.
Comments