Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 17.43 trilion yen (kira-kira US$110 bilion) pada separuh pertama 2026, naik 22.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data kerajaan pada Isnin, lapor Xinhua. Bagi tempoh Januari hingga Jun, imbangan perdagangan barangan kembali mencatatkan lebihan sebanyak 742.1 bilion yen, berbanding defisit 1.46 trilion yen dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Kementerian Kewangan.
Transcript
00:00Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa berjumlah 17.43 triliun yen atau kira-kira $110 bilion pada separuh pertama 2006 naik
00:1022.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:13Menurut Kementerian Kewangan Jepun, bagi tempoh Januari hingga Jun, imbangan perdagangan barangan kembali mencatatkan lebihan sebanyak 742.1 bilion yen
00:23berbanding defisit 1.46 triliun yen dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
00:31Ekspor turut meningkat 12.8% kepada 59.19 triliun yen di pacu pertumbuhan ekspor semikonduktor dan otomotif, manakala import
00:42meningkat 8.4% kepada 58.45 triliun yen.
00:47Menurut laporan awal Kementerian itu, aspek pendapatan utama yang mencerminkan ekonomi Jepun daripada pelaburan di luar negara meningkat 0.3
00:56% kepada 20.49 triliun yen bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
01:03Defisit perdagangan perkhidmatan turut melonjak 15.4% kepada 1.82 triliun yen disumbangkan lebihan sektor pelancongan yang lebih kecil
01:13iaitu 3.13 triliun yen.
01:16Bagi bulan Jun sahaja negara itu mencatatkan defisit akaun semasa sebanyak 92.3 bilion yen sekaligus mengalami kerugian buat jolong
01:25kalinya dalam tempoh 17 bulan.
Comments

Recommended