Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kementerian Ekonomi kini dalam fasa akhir proses saringan mengenai cadangan peruntukan pembangunan bagi Belanjawan 2027 sebelum dapatan itu dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) menjelang pertengahan bulan ini. Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, proses penyediaan belanjawan melibatkan beberapa peringkat termasuk pengumpulan cadangan daripada agensi di bawahnya sebelum cadangan itu diserahkan kepada kementerian untuk diselaraskan.
Transcript
00:00Kementerian Ekonomi kini dalam fasa akhir proses saringan mengenai cadangan peruntukan pembangunan bagi belanjawan 2027 sebelum dapatan itu dikemukakan kepada
00:10Kementerian Kewangan MOF menjelang pertengahan bulan ini.
00:14Menterinya, Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata proses penyediaan belanjawan melibatkan beberapa peringkat termasuk pengumpulan cadangan daripada agensi di bawah kementeriannya.
00:28Akmal Nasrullah berkata proses itu bukan sekadar meneliti cadangan peruntukan baharu malah turut mengambil kira projek sambungan bagi memastikan pelaksanaan
00:37pembangunan yang dirancang dapat diteruskan secara berkesan.
00:41Beliau berkata Kementerian turut memastikan perancangan yang digariskan menerusi rancangan Malaysia ke-13 RMK13 diambil kira dalam penyediaan peruntukan pembangunan
00:502027.
00:51Jelasnya dalam hal ini, tumpuan terarah kepada memperkasa keupayaan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan yang telah dirancang.
01:00Menurut beliau, sebahagiannya telah diluluskan dalam rancangan boleh pinda pertama RP1.
01:05Bagaimanapun, Akmal berkata bagi RP2 pula terdapat beberapa perkara terutama aspek infrastruktur dan dana pembangunan kerajaan dapat dipercepat ke arah
01:15industri pertumbuhan tinggi.
Comments

Recommended