Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kor Ming berkata kaedah pendekatan satu untuk semua tidak lagi relevan kerana kemampuan kewangan penduduk berbeza mengikut demografi sesuatu tempat.
Transcript
00:00Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan memperkenalkan sistem Big Data Analytics mulai tahun hadapan
00:05bagi memastikan pembangunan perumahan lebih menepati keperluan dan permintaan sebenar rakyat.
00:11Dan Menterinya, Ngang Kouming berkata, langkah itu penting bagi menangani masalah ketidakpadanan
00:16antara projek perumahan yang ditawarkan dengan produk yang diperlukan pasaran,
00:20sekaligus menjadi punca lambakan hartanah.
00:23Sektor perumahan negara, masalah utama kita bukan penawaran dan pembinaan.
00:28Masalah kita antara yang ketika adalah the mismatch.
00:33Apakah produk yang ditawarkan bukan produk yang diperlukan.
00:37Sebab itu ada overhang property.
00:39Oleh kerana itu, kita akan memperkenalkan Big Data Analytics mulai tahun depan di bawah dasar ini.
00:48Supaya semua lokaliti, wilayah, negeri, dia ada data tersebut sebelum pemaju perumahan membangunkan sesuatu projek.
00:58Mereka boleh merujuk kepada Big Data Analytics.
01:02Tambah Kouming, pendekatan sama akan digunakan untuk menentukan paras harga rumah mampu milik mengikut lokaliti.
01:09Jelasnya lagi, kaedah pendekatan satu untuk semua tidak lagi relevan kerana kemampuan kewangan penduduk berbeza mengikut demografi sesuatu tempat.
01:17Bayangkan, harga rumah mampu milik dekat Kuala Kerai Kelateh sama dengan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
01:25Dia memang tak saintifik.
01:27Sebab itu kita perlukan Big Data Analytics.
01:30Kerana sekini pun di bawah Kementerian Kewangan, ikut the National NAPIC Center and National Properties Center itu, harga rumah mampu
01:38milik di Klang Valley sebenarnya adalah RM500,000.
01:42Tapi dekat Kelantan, mungkin RM300,000.
01:45Kerana pendapatannya memang berbeza mengikut lokaliti.
01:49Sebab itu Big Data Analytics, kita akan ambil pendapatan mengikut lokaliti, wilayah dan juga jenis kawasan tersebut.
01:58Supaya apabila pemaju ke pengguna, mereka akan bina mengikut tarifan yang lebih mencerminkan realiti.
02:08Kita kena berpijak atas bumi yang nyata bila kita mengapai bintang di langit.
Comments

Recommended