00:00Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun mendatangkan cedera di sebuah rumah di Taman Batu Gajah Perdana,
00:07Batu Gajah pada Sabtu.
00:09Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mak Nur Hewan Mohamad berkata,
00:13suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan kira-kira 9.50 malam di tepi Jalan Kledang Batu Gajah.
00:20Hasil risikan yang dijalankan selepas kejadian berkenaan.
00:25Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 11.47 pagi ketika mangsa yang berusia sekitar 30-an bersama keluarganya pulang ke
00:33rumah sebelum mendapati suspek berada di dalam kediaman mereka.
00:37Pengadu cuba menahan suspek sehingga berlaku pergelotan sebelum suspek mengambil sebatang playa dari dalam beg sandang dan menghayunkannya ke arah
00:45pengadu.
00:46Namun terkena tangan kiri isteri pengadu sehingga menyebabkan kecederaan.
00:50Suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan motosikal miliknya yang diletakkan di kawasan rumah mangsa
00:55namun terjatuh sebelum meninggalkan motosikal serta beg sandang yang mengandungi peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
01:03Pada Sabtu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergelotan termasuk situasi suspek dipercayai cuba
01:12melarikan diri dari kediaman berkenaan.
01:14Selain itu, Mak Noor berkata pemeriksaan di kediaman mangsa mendapati tiada barangan dilaporkan hilang
01:20namun tombol pintu hadapan rumah rosak dipercayai akibat diumpil
01:24manakala bilik tidur utama dan almari didapati telah diselongkar dan berselerak.
01:29Katanya mangsa dan isteri telah dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut
01:33manakala kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Kesiksaan.
01:38Terima kasih telah menonton!