00:00Angkara rejim Zionis selepas hampir tiga tahun terpisah kebab perang, seorang kanak-kanak akhirnya kembali ke pangkuan ibu tercinta.
00:09Namun, kepulangan kanak-kanak itu tidak seperti yang diharapkan. Dia tidak mengenali wanita yang melahirkannya.
00:16Episode sedih ini bermula dua minggu selepas perang meletus di Gaza pada Oktober 2023 apabila serangan udara Zionis memusnahkan rumah
00:24keluarga Sundus Al-Qur di Mait Lahiyah berhampiran dengan sempadan Israel.
00:31Serangan itu mencederakan Sundus dengan parah, manakala anak perempuannya Habibat Rahman maut.
00:37Dalam keadaan hamil, Sundus terpaksa melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Bisan enam minggu lebih awal untuk menyelamatkan nyawa mereka
00:46berdua.
00:47Beberapa minggu kemudian, Bisan yang masih bayi dan berada dalam inkubator dipindahkan ke Mesir bersama 28 bayi pramatang lain dari
00:55sebuah hospital neonatal di Gaza.
00:57Tujuh daripada bayi berkenaan meninggal dunia di Mesir.
01:01Namun, Bisan terselamat dan membesar di hospital serta pusat jagaan jauh daripada keluarganya di Gaza.
01:07Sementara itu, ibunya Sundus hanya mampu berhubung dengan Bisan melalui panggilan video apabila mendapat akses kepada internet.
01:13Dan hampir tiga tahun kemudian, pada Mac 2026, Bisan akhirnya dibawa pulang ke Gaza bersama sepuluh kanak-kanak lain daripada
01:22kumpulan bayi pramatang yang sama dalam satu misi yang dibantu oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.
01:28Namun, saat yang paling dinantikan Sundus ternyata bukan seperti yang dibayangkan.
01:34Bisan tidak mengenali ibunya.
01:36Malah setiap wanita yang mendekatinya dengan lembut dipanggil mama.
02:05Bagi Bisan, kepulangan ke Gaza juga bermakna meninggalkan kehidupan yang dikenali di Indonesia.
02:11Daripada belajar warna dan nombok di pusat jagaan, dia kini tinggal bersama keluarganya di sebuah kemah.
02:17Dengan kekeluan asas seperti makanan dan tempat tidur menjadi keutamaan.
02:21Lebih menyayat hati, Bisan yang baru pulang perlu belajar hidup dalam suasana perang.
02:27Menurut Sundus, ketika pertama kali mendengar bunyi lutupan, Bisan ketakutan sehingga terdiam selama beberapa minit.
02:34Seolah-olah tertanya-tanya di mana dirinya berada selain panik apabila terdengar bunyi kuat.
03:04Bisan kini semakin memahami siapa sebenarnya ibunya.
03:08Selepas dia menjadi individu yang sentiasa berada di sisi anak itu.
03:12Kini Sundus hanya mampu melakukan apa yang termampu.
03:15Iaitu membesarkan anak yang pernah terpisah dan pelahan-lahan mengajar Bisan bahawa wanita yang dipanggilnya mama itu ialah ibu sendiri.
03:24Terima kasih.
03:25Terima kasih.
03:26Terima kasih.