Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya memusnahkan program nuklear Iran selain melumpuhkan keupayaan ketenteraan konvensional negara itu.
Transcript
00:00Sementara itu, Amerika Syarikat mendakwa berjaya memusnahkan program nuklear Iran selain melumpuhkan keupayaan ketenteraan konvensional negara itu.
00:09Naib Presiden Amerika Syarikat J.D. Vance berkata operasi berkenaan turut menjejaskan dengan ketara keupayaan ketenteraan asimetri Iran.
00:45Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Saturday in America terbitan Fox News Channel pada Sabtu.
00:51Menurut Vance, pentadbiran Amerika Syarikat kini sedang menilai sama ada Iran bersedia melakukan perubahan jangka panjang
00:57yang boleh membantu memperbaiki hubungan antara Teheran dan Washington.
01:01Vance bagaimanapun tidak memperincikan bentuk perubahan yang dimahukan Washington daripada Teheran.
01:06Dalam perkembangan sama, beliau berkata pentadbiran Amerika Syarikat turut berusaha meningkatkan pengeluaran minyak dan gas dari rantau Asia Barat.
01:13Menurutnya, peningkatan bekalan tenaga akan membantu mengurangkan kos bahan api dan tenaga yang ditanggung rakyat Amerika.
Comments

Recommended