00:00Kerajaan akan meneliti penambahbaikan mesin pengimbas di lapangan terbang seluruh negara bagi memperkukuh keselamatan dan meningkatkan keberkesanan pemeriksaan bagasi.
00:22Menurutnya, mesin pengimbas sedia ada berfungsi dengan baik dan berkeupayaan tinggi mengesan barang berbahaya.
00:29Bagaimanapun, kerajaan perlu meneliti penggunaan peralatan lebih canggih bagi meningkatkan tahap pemeriksaan di pintu masuk utama negara.
00:36Tapi apakah ke arah ke depan nanti kita akan hanya statik dengan mesin sedia ada? Tentunya tidak.
00:43Sebab di luar sana dalam sistem pemeriksaan pintu masuk lapangan terbang ini, pelbagai equipment yang jauh lebih canggih, lebih keberadaan
00:52tinggi.
00:53Jadi, kita sentiasa terbuka terhadap idea untuk menggunapakai segala jenis kelengkapan baru.
01:01Isu keselamatan lapangan terbang mendapat perhatian susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia selepas kira-kira 25 kg dadah jenis MDMA dirampas
01:11di lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia minggu lalu.
01:15Saifuddin Nasution berkata, pemeriksaan bagasi di lapangan terbang dilaksanakan pasukan keselamatan penerbangan AFSEK berdasarkan penyawaian antarabangsa yang ditetapkan IKO.
01:24Namun, skop pemeriksaan ketika ini lebih tertumpu kepada pengesanan senjata berbanding barangan kontraben.
01:31Sebenarnya, skop pemeriksaan akan diteliti semula bagi meningkatkan keupayaan mengesan barangan terlarang termasuk dadah yang cuba diseluduk.
01:38Beliau bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin bagi meneliti pelan komprehensif penambahbaikan keselamatan
01:46di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
01:49Jelasnya, KDN dan Kementerian Pengangkutan sebelum ini diarahkan Jemaah Menteri mengemukakan pelan itu dalam tempoh dua minggu merangkumi aspek operasi,
01:57pealatan dan tenaga kerja.
Comments