Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
British Columbia mengisytiharkan darurat wilayah selepas kebakaran hutan merebak pantas dan memaksa ribuan penduduk berpindah. Pihak berkuasa mengerahkan lebih 2,000 anggota bagi mengawal situasi yang masih mengancam.
Transcript
00:00British Columbia mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah susulan kebakaran hutan yang merebak pantas dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman pada
00:08Sabtu.
00:09Premier British Columbia, David Abbey berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat pegawai kecemasan susulan situasi yang semakin pantas berubah, khususnya
00:17di kawasan Summerland dan Okanagan.
00:22Pengisytiharaan itu memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil langkah tambahan jika diperlukan termasuk menyediakan penginapan kecemasan dan mengenakan sekatan perjalanan
00:31di kawasan tertentu.
01:01Buat masa ini tiada sekatan perjalanan dikerjakan, namun orang ramai diminta mengelak perjalanan ke Summerland dan kawasan terjejas.
01:08Menurutnya kebakaran merebak sehingga 1,000 hektare dalam tempoh hanya sejam, selain menghasilkan haba dan cuaca sendiri yang boleh mencetuskan
01:16peti dan menyebabkan api terus merebak.
01:18Lebih 2,000 anggota termasuk anggota bomba, pasukan pengurusan insiden dan kru udara kini dikerahkan untuk menangani kebakaran.
01:25Pihak berkuasa memaklumkan beberapa rumah musnah dan harta benda rosak menekala keadaan masih dinamik serta mengancam keselamatan penduduk.
Comments

Recommended