00:00Sekolah berprestij dan bersejarah seperti Kolej Melayu Kuala Kangsa atau MCKK berpotensi kembali menyelah serta memainkan peranan lebih relevan dalam
00:10era modern dengan menyesuaikan pendekatan pendidikan selaras dengan perubahan semasa.
00:14Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, pendekatan baharu diperlukan bagi memenuhi tuntutan zaman namun pada masa sama perlu berteraskan asas
00:24etika dan pendidikan kukuh yang sekian lama menjadi identiti institusi berkenaan.
00:30Baginda yang juga penawung diraja lembaga pengelola MCKK bertitah, MCKK dan sekolah seumpamanya perlu menyesuaikan diri serta melakukan transformasi bagi
00:41menghadapi realiti baharu khususnya masa depan yang semakin dipengaruhi kecedasan buatan AI dan perkembangan pesat teknologi.
00:48Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku Breaking But Not Broken yang mengupas secara terbuka cabaran semasa dihadapi sekolah berasrama penuh
00:57berprestij itu pada Sabtu.
00:58Sultan Nazrin bertitah matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan modal insan yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi akibat kemajuan teknologi
01:07malah membentuk generasi muda yang seimbang dari segi kemahiran, kepekaan dan nilai bagi membolehkan mereka memainkan peranan bermakna dalam masyarakat.
01:17Mengenai Breaking But Not Broken, Sultan Nazrin memuji keberanian penulisnya, Ghazali Ismail, Ahmad Ibrahim dan Hisham Badrul Hashim mengetengahkan perkara
01:26sensitif berkaitan cabaran yang dihadapi MCKK.
01:30Baginda bertitah analisis yang dikemukakan penulis mengenai cabaran itu dibuat secara terus terang dan ada kalanya agak keras.
01:37Menurut Sultan Nazrin, penilaian berkenaan terut merangkumi beberapa sekolah berasrama penuh lama dan tersohor lain yang dilihat berdepan kemerosotan serupa.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments