Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Jumlah kes Ebola di wilayah timur Republik Demokratik Congo (DRC) kini melepasi 4,000 kes dengan 1,850 kematian direkodkan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Transcript
00:00Jumlah kes Ebola di wilayah timur Republik Demokratik Kongo atau DRC kini melepasi 4,000 kes dengan 1,850 kematian
00:09direkodkan.
00:10Menurut Timbalan Jurucukat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Farhan Hak, kanak-kanak dan wanita terus menanggung kesan tidak seimbang akibat
00:17wabak perkenaan khususnya di wilayah Ituri.
00:23Menurut tabung kanak-kanak PBB UNICEF, lebih 300 kanak-kanak meninggal dunia sejak wabak itu bermula.
00:28Kanak-kanak membentuk hampir 1 per 4 daripada kes yang disahkan namun menyumbang hampir 1 per 3 daripada jumlah kematian.
00:36Dalam perkembangan berkaitan jumlah kematian ibu ketika bersalin juga hampir meningkat dua kali ganda.
00:42Dana penduduk PBB UNFPA melaporkan kira-kira enam wanita meninggal dunia setiap minggu akibat komplikasi berkaitan kelahiran.
00:49Penggunaan perkhidmatan kesihatan di kawasan yang paling terjejas turut merosot lebih 40% apabila kebimbangan terhadap jangkitan menyebabkan penduduk enggan
00:57mendapatkan rawatan.
01:00Bagi membendung penularan wabak, UNICEF bersama rakan kerjasama telah mengerahkan 13,000 petugas komuniti yang setakat ini berjaya mendekati lebih
01:082.4 juta penduduk.
01:09Sementara itu, Pertubuhan Kesehatan Sedunia WHO memaklumkan kumpulan penasihat vaksinnya mengesyorkan supaya ujian klinikal vaksin Erwebo dijalankan di Kongo.
01:21Erwebo merupakan satu-satunya vaksin Ebola yang dilesenkan ketika ini.
Comments

Recommended