Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Agensi di bawah KDN dan MOT diarahkan mengemukakan pelan penambahbaikan dalam dua minggu susulan insiden penyeludupan dadah, bagi memperkukuh keselamatan lapangan terbang dan mengekalkan keyakinan orang ramai.
Transcript
00:00Semua agensi berkaitan terutama bawah Kementerian Dalam Negeri KDN dan Kementerian Pengangkutan MOT diarah mengemukakan plan komprehensif dalam tempoh dua
00:09minggu bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di semua lapangan terbang di negara ini.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sudah membentangkan isu keselamatan lapangan terbang kepada Jemaah Menteri pada
00:23mesyuarat Kabinet Rabu lalu susulan beberapa insiden penyeludupan dadah melalui lapangan terbang.
00:30Beliau berkata Kabinet bersetuju supaya semua agensi berkaitan bekerjasama merangka pelan penambahbaikan yang meliputi keseluruhan aspek keselamatan bermula daripada pemeriksaan
00:41bagasi hinggalah kawalan keselamatan penumpang.
00:45Tegasnya Jemaah Menteri memandang berat insiden yang berlaku kerana ia mencemarkan nama baik negara dan memberi gambaran seolah-olah kawalan
00:53keselamatan di lapangan terbang kita mudah dibolosi.
00:57Langkah segera yang diambil ialah mengarahkan semua agensi terbabit untuk mengemukakan pelan penambahbaikan yang komprehensif dalam tempoh dua minggu.
01:05Beliau berkata perbincangan lanjut akan diadakan pada minggu depan membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian dan semua agensi berkaitan bagi memperincikan langkah
01:16yang perlu diambil.
01:17Beliau menegaskan pelan berkenaan bukan sahaja untuk mengurangkan risiko kompromi terhadap aspek keselamatan di lapangan terbang tetapi juga memastikan keyakinan
01:27orang ramai terhadap sistem keselamatan negara terus terpelihara.
Comments

Recommended