Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Istiadat akad nikah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan Christopher Lionel Froggatt berlangsung dengan penuh adat istiadat, disaksikan Sultan Pahang, kerabat diraja serta tetamu kehormat.
Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riyaduddin Al-Mustafa Bel-Shah berkenan berangkat ke istiadat akad nikah anak anda baginda Tengku
00:07Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dengan pasangan Christopher Lionel Frogat di Ibu Negara pada Jumaat.
00:15Tengku Mangkota Pahang, Tengku Hasan Al-Ibrahim Alam Shah bersama-sama paduka adinda dan kerabat bergelar turut berangkat ke istiadat
00:22berkenaan.
00:23Menurut hantaran Facebook Kesultanan Pahang, istiadat akad nikah dilaksanakan Mufti Pahang, Datuk Dr. Asmadi Muhammad Naim selaku juru nikah.
00:32Selesai lafaz akad nikah, pengantin lelaki menyunaikan solat sunat sebelum istiadat diteruskan dengan perarakan masuk pasangan berkenaan ke pelamin bagi
00:42majlis penyerahan mas kahwin dan upacara menyarung cincin perkahwinan.
00:46Majlis diteruskan dengan bacaan doa sebelum majlis merenjis sebagai simbolik restu dan doa kesejahteraan buat pasangan mempelai.
00:55Istiadat diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama ahli keluarga dan tetamu kehormat sebelum Sultan Pahang ninggalkan majlis.
Comments

Recommended