Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan Selangor menyasar semua PBT mengekalkan skor penarafan 95 peratus menjelang 2030, disokong pendigitalan perkhidmatan awam, perkongsian data yang lebih cekap serta penjajaran strategik GLC negeri.
Transcript
00:00Semua pihak berkuasa tempatan PBT di Selangor perlu mengekalkan skor sistem penarafan bintang PBT iaitu SPB-PBT pada 95%
00:09menjelang 2030 dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
00:14Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Syarif, sasaran itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri di bawah rancangan Selangor ke-2 atau
00:22RS2 untuk memastikan standar penyampaian perkhidmatan awam yang tinggi bukan hanya tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya dinikmati secara saksama oleh
00:31seluruh rakyat Selangor.
00:34Jelasnya kerajaan negeri juga akan terus memacu inisiatif pendigitalan dengan penyasaran perkongsian perkhidmatan kerajaan digital end-to-end ke arah
00:42sasaran 85% supaya perkongsian data secara digital dan perkhidmatan awam lebih cekap, responsif dan berlandaskan prinsip tabik urus yang
00:50baik.
00:51Amiruddin berkata keupayaan perjajaran strategi antara syarikat berkaitan kerajaan, GLC dan program negeri juga akan diperkukuhkan untuk memaksimumkan impak pelaburan
00:59awam.
00:59Beliau berkata kira-kira 75% hasil negeri kini bergantung pada premium tanah dan cukai tanah iaitu satu risiko structural
01:06yang perlu ditangani.
01:08Amiruddin berkata penjajaran GLC juga akan memastikan setiap anak-anak syarikat tidak bertindih dalam fungsi dan peranan selain berevolusi dengan
01:15sasaran dan matlamat baharu sesuai dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang memerlukan selangor menumpukan sektor ekonomi berasaskan teknologi dan perkhidmatan.
Comments

Recommended