Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Sindiket curi lembu tumpas, 10 suspek ditahan sekitar Pasir Puteh dan Kuala Terengganu.
Transcript
00:00Polis menumpaskan kumpulan dipercaya aktif mencuri lembu di negeri ini.
00:05Susulan operasi dilaksanakan dari 17 Jun hingga 5 Ogos lepas
00:08yang membawa kepada penahanan 10 individu dalam serbuan di Bacuk, Pasir Putih dan Kuala Terengganu.
00:15Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Mamak berkata operasi itu dijalankan
00:19sepasukan 4 pegawai serta 15 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah,
00:23Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Putih.
00:29Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 8 lelaki dan 2 wanita berusia antara 23 hingga 71 tahun.
00:35Polis turut merampas 32 ekor lembu, 8 telefon bimbit, 1 beg plastik berwarna merah
00:40yang mengandungi sebotol cecair bersama 1 alat bicaragari, sebuah Toyota Hilux dan sebuah produk kancil.
00:47Mamak Yusuf berkata semakan rekod lampau mendapati ke semua suspek mempunyai 55 rekod jenayah
00:52dan 24 rekod berkaitan dadah.
00:54manakala ujian seringan awal air kencing terhadap seorang suspek lelaki didapati positif dadah jenis metafetamin.
00:59Beliau berkata kerjayaan itu membolehkan polis menyelesaikan 20 kes curi lembu yang berlaku di Kelantan,
01:05membabitkan kerugian kira-kira RM96,000.
01:08Mamak Yusuf berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah IPD berkaitan bagi proses dokumentasi
01:14dan siasat terlanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Kesiksaan kerana mencuri.
Comments

Recommended