Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pelaksanaan sistem subsidi bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI Diesel berkesan membendung penyelewengan diesel apabila had pembelian menyukarkan sindiket mendapatkan bekalan dalam kuantiti besar pada harga rendah
Transcript
00:00Pelaksanaan sistem subsidi bersasa menerusi inisiatif Budi Madani Diesel berkesan membendung penyelewengan diesel apabila had pembelian menyukarkan sindiket mendapatkan bekalan
00:10dalam kuantiti besar pada harga rendah.
00:13Komanda Wildlife Crime Bureau atau Perisikan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM, Datuk Mbak Zaki Asya berkata,
00:21langkah itu juga meningkatkan kos operasi sindiket yang mengambil kesempatan daripada perbezaan harga diesel bersubsidi dan harga pasaran.
00:30Beliau berkata, siasatan mendapati kebanyakan diesel yang diselewengan dibawa ke negara jiran kerana harga yang lebih tinggi di pasaran itu
00:37membolehkan sindiket meraih keutungan lebih besar.
00:40Jelasnya, pelaksanaan Budi Madani Diesel menjadi langkah yang berkesan untuk mengegang serta menurunkan kadar eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
00:48Melalui mekanisme kuota, individu tidak lagi boleh membeli melebihi had yang dibenarkan.
00:52Sekiranya pembelian melebihi kuota, diesel perlu dibeli pada harga tanpa subsidi menyebabkan peningkatan kos operasi sindiket yang mengurangkan margin keuntungan
01:01mereka.
01:01Berhubung aktiviti penguatkuasaan, Mohd Zaki berkata, anggota PDRM termasuk daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam
01:09ditempatkan bagi menjalankan pemantauan dan risikan di stesen minyak di kawasan sempadan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi aktiviti
01:17penyelewengan itu.
01:18Beliau berkata, penguatkuasaan berterusan itu menyaksikan 11 individu ditahan serta rampasan bernilai RM2.09 juta
01:25membabitkan 5 kes menerusi Opstaring Bravo 1 Diesel di seluruh negara dari 1 Januari hingga 31 Julai.
01:32Beliau berkata, PDRM akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kawasan Hidup, Jabatan Kustom di Raja Malaysia
01:39dan Agensi Penguatkuasaan berkaitan bagi membanteras kegiatan tersebut.
Comments

Recommended