Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Jun lepas menerusi empat serbuan di sekitar Ipoh dan Tapah.
Transcript
00:00Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri kerana disyaki terbabit dalam sedikit pengiran dadah yang aktif sejak Jun lepas
00:08merusi empat sebuan di sekitar Ipoh dan Tapah.
00:11Ketua Polis Perak Dato' Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata, suspek termasuk dua wanita berusia 22 hingga 44 tahun itu ditahan
00:19dari 12.30 tengah malam hingga 3.05 minit pagi selasa lepas.
00:25Beliau berkata empat suspek lelaki ditahan di sebuah pusat hiburan di Ipoh dan pemeriksaan menemukan dadah jenis ketamin seberat 24
00:33.14 gram dan MDMA seberat 574.81 gram.
00:39Soal siasat terhadap tiga lagi suspek pada serbuan kedua membawa kepada serbuan di dua rumah di Tapah dan menemukan MDMA
00:47dengan anggaran seberat 2.6 kilogram serta ketamin 13.74 gram.
00:53Beliau berkata jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan RM538,451, turut dirampas tiga kenderaan bernilai RM224,000 dan wang tunai RM32
01:07,376.
01:09Beliau berkata sindiket itu menjadikan pusat hiburan sebagai tempat penjualan dadah dengan dadah tersebut boleh digunakan 23,332 orang.
01:17Selain itu, Mama Ali berkata dua suspek didapati positif dadah amphetamin dan methamphetamin manakala enam mempunyai rekod jenayah lampau.
01:25Semua suspek direman antara tiga dan empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended