00:00Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan 1 di kawasan Taman
00:08Sri Saujana di Kota Tinggi minggu lepas.
00:11Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Osman berkata, pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen
00:1915-A-1 atas kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.
00:24Katanya polis sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap.
00:31Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiah Daud menerusi talian 011-260-46234.
00:42Sebelum ini, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya dalam perjalanan ke sekolah antara 6.30 hingga 6.40
00:51pagi di ekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantaran makanan.
00:57Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan dan video lucah pada telefon bimbit serta menawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang
01:04kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments