00:00Polis mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di sebuah rumah jagaan di Taman Chongwi Tanjung Rambutan di Ipoh pada
00:08selasa lepas disebabkan kecederaan trauma tumpul di kepala.
00:12Ketua Polis Perak Dato' Muhammad Alwi Zainal Abidin berkata, pengesahan itu dibuat oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Pemaisuri Bainun,
00:19HRPB, hasil proses bedah siasat yang dijalankan pada Rabu.
00:25Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada malam 3 Ogos apabila mangsa dikatakan berkelakuan agresif dan mengganggu penghuni lain.
00:34Seorang penjaga dipercayai mengarahkan mangsa diikat sebelum beberapa penghuni bersama penjaga tersebut bertindak memukul serta memijak mangsa.
00:42Muhammad Alwi berkata, siamakan awal mendapati pusat jagaan tersebut telah beroperasi sejak 2012 dan hanya mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhan
00:50Jaya Syarikat Malaysia SSM.
00:52Katanya setakat ini tiada dokumen dikemukakan yang menunjukkan premis perkenaan mempunyai pendaftaran atau lesin pengoperasian yang sah daripada Jabatan Kebajikan
01:01Masyarakat JKM, Majlis Pendarai Ipoh MBI maupun Surat Kebenaran daripada Kementerian Kesihatan KKM.
01:09Jelas beliau, premis itu juga didapati tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV.
01:14Justru, polis sedang melengkapkan siasatan dari semua aspek termasuk merakam percakapan saksi dan berhubung rapat dengan agensi berkaitan.
01:22Muhammad Alwi berkata pihaknya menahan lima lelaki tempatan iaitu empat penghuni dan seorang penjaga berumur lingkungan 35 hingga 55 tahun
01:29dan direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments