Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Guru Sains dan Biologi ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas SMK Bau sebelum disahkan meninggal dunia.
Transcript
00:00Seorang guru wanita ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas guru perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bauk, Sarawak, pagi Rabu
00:09sebelum disahkan meninggal dunia.
00:11Ketua Polis Daerah Bauk, Superintenden Mohd Haidi Errahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.53
00:21pagi.
00:22Mangsa Wong Lee Chu, 54 tahun merupakan guru mata pelajaran sains dan biologi di sekolah berkenaan sejak 25 tahun lalu.
00:31Mangsa kali terakhir dilihat di bilik guru kira-kira jam 8.15 pagi sebelum memaklumkan rakan setugasnya bahawa dia mahu
00:39ke tandas.
00:40Kira-kira 20 minit kemudian rakan setugas mula mencari mangsa selepas dia tidak hadir ke kelas untuk sesi pengajaran.
00:48Pegawai Perubatan Hospital Bauk mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi pada jam 9.08 pagi dan pemeriksaan awal polis tidak
00:58menemukan sebarang kecederaan mencurigakan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.
01:04Mayat dibawa ke Hospital Bauk dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Comments

Recommended