00:00Harga minyak sawit mentah MSM dijangka kekal tinggi sehingga 2027 disokong oleh bekalan global yang semakin ketat dan permintaan yang
00:08terus kukuh.
00:10Hong Leong Investment Bank HLIB dalam nota penyelidikannya yang diterbitkan pada Khamis mengekalkan unjuran purata harga MSM pada RM4,450
00:19satu tan metrik bagi RM2,026 dan RM4,300 satu tan metrik bagi tahun 2027.
00:28Firma penyelidikan itu berkata faktor bekalan global yang semakin ketat dijangka terus menyokong harga komoditi itu sepanjang separuh kedua tahun
00:36ini.
00:37Keadaan itu sekaligus memberikan kelebihan kepada syarikat peladangan khususnya yang mempunyai pendedahan lebih besar dalam segmen huluan.
00:44Menurut HLIB, setiap kenaikan RM100 bagi satu tan metrik dalam purata harga MSM dianggarkan mampu meningkatkan pendapatan syarikat peladangan antara
00:533 hingga 8%.
00:55Bagi musim pelaporan kewangan yang bermula 11 Ogos, kebanyakan syarikat peladangan dijangka mencatat peningkatan pendapatan disokong oleh pengeluaran tan dan
01:03buah segar yang lebih tinggi serta harga produk sawit yang kekal kukuh.
01:08Secara keseluruhannya HLIB menjangkakan prestasi sektor peladangan akan terus disokong selagi harga penyak sawit mentah kekal pada paras tinggi.
Comments