Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
JKDM Sabah berjaya menumpaskan lima cubaan penyeludupan membabitkan barang bersubsidi dan rokok tidak bercukai bernilai lebih RM662,000 menerusi operasi di beberapa daerah sepanjang Julai lalu.

Rampasan melibatkan beras, minyak masak, gula, gas LPG serta hampir 266,000 batang rokok pelbagai jenama.
Transcript
00:00Jabatan Kastam di Raja Malaysia JKDM Sabah mematahkan 5 cubaan penyeludupan barang bersubsidi dan rokok tidak bercukai dengan nilai keseluruhan
00:10melebihi RM662,000.
00:12Menurut pengarah JKDM Sabah Dr. Ahmad Taufid Sulaiman, rampasan itu dilakukan menerusi beberapa operasi penguatkuasaan di Tawau, Kudat, Kota Kinabalu
00:21dan Sandakan sepanjang Julai lalu.
00:26Antara barang yang dirampas ialah 1,100 kg beras superimport, 1,105 kg minyak masak paket, 690 kg gula pasir,
00:3550 tong gas LPG serta pelbagai barangan runcit.
00:39JKDM turun merampas 265,920 batang rokok tidak bercukai daripada pelbagai jenama.
00:46Pihak berkuasa mendapati sindiket menggunakan pelbagai taktik bagi mengelak dikesan termasuk memanfaatkan laluan tidak diwartakan dan memindahkan barang menggunakan bot
00:55di perairan sempadan.
00:57Sindiket turun dikesan menjadikan store sebagai pusat transit penyimpanan rokok tidak bercukai serta membuang muatan di tepi jalan bagi mengelak
01:05pemeriksaan pihak berkuasa.
01:06Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
01:17JKDM Sabah turun menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat bagi membantu membantras aktiviti penyeludupan di negeri itu.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended