Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Dua lelaki dipenjara selepas gagal membayar denda RM120,000 setiap seorang kerana menyeleweng LPG bersubsidi. Sebuah lori dan hasil jualan turut dilucut hak kepada kerajaan.
Transcript
00:00Baik, seterusnya dua lelaki warga tempatan dipenjara selepas gagal membayar denda RM120,000 setiap seorang
00:07kerana terbabit dalam kegiatan penyelewengan gas petrolium cecair LPG bersubsidi.
00:14Mahkamah Session Sepang pada Selasa menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya didapati bersalah di akhir pembelaan.
00:23Kementerian Perleggangan Dalam Negeri dan Kuasar Hidup KPDN memalumkan kedua-dua tertuduh didapati memiliki 3,450 kg LPG
00:32dalam keadaan mencurigakan bahawa mereka menjalankan urus niaga borong tanpa lesin yang sah.
00:37Kes itu hasil maklumat resikan sebelum serbuan bahagian penguatkuasa KPDN Putrajaya di sebuah premis di Jalan Dengkila Banting, Sepang pada
00:4516 November 2023.
00:47Ketika serbuan, kedua-dua tertuduh dipercayai sedang memunggah tong LPG ke sebuah stor yang beroperasi tanpa lesin.
00:54Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 3,450 kg LPG terdiri daripada tong berisi dan tong kosong pelbagai jenama.
01:02Selain sebuah lori, dokumen penghantaran serta telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.
01:09Sepanjang proseding, pihak pendawaan mengemukakan 8 saksi dan 89 barang kes sebelum mahkamah memutuskan pihak pendawaan
01:16berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
01:20Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM120,000 ke atas setiap tertuduh atau 6 bulan penjara jika gagal membayarnya.
01:27Kedua-duanya dipenjarakan selepas gagal menjelaskan denda berkenaan.
01:30Manakala sebuah lori serta hasil jualan berjumlah RM13,127.50 turut dilucut hakkan kepada kerajaan Malaysia.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended