00:00Qatar, Mesir dan Turki mengecam tindakan Israel yang didakwa terus melanggar perjanjian gencatan senjata di Gaza sekaligus menjejaskan usaha meneruskan
00:10rundingan ke arah keamanan.
00:11Dalam kenyataan bersama pada Isnin, tiga negara yang bertindak sebagai pengantara rundingan itu menggesa komuniti antarabangsa meningkatkan tekanan ke atas
00:21Israel agar mematuhi sepenuhnya perjanjian gencatan senjata serta kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa.
00:32Kenyataan itu turut menegaskan tindakan Israel yang berterusan di Gaza bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa malah mencabuli komitmen yang
00:41dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata.
00:44Menurut mereka, pelanggaran itu turut menjejaskan usaha melaksanakan fasa kedua perjanjian berkenaan serta mengancam proses diplomatik yang sedang diusahakan bagi
00:55meredakan konflik.
00:56Ketiga-tiga negara itu turut menggesa orang awam, kemudahan kesihatan dan petugas kemanusiaan diberikan perlindungan sepenuhnya.
01:05Mereka turut menuntut penghantaran bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan ke seluruh Gaza dibenarkan tanpa sebarang halangan.
01:13Dalam masa sama, kenyataan itu menggesa masyarakat antarabangsa mengambil langkah tegas bagi memastikan Israel melaksanakan sepenuhnya perjanjian genjatan senjata.
01:23Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan serangan udara Israel pada hujung minggu lalu yang dilaporkan mengorbankan puluhan penduduk Gaza termasuk kanak
01:33-kanak dan orang awam.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments