00:00Baik, sementara itu, suasana liputan media bertukar ceria apabila rakan-rakan media di Kuching mengambil kesempatan meraihkan ulang tahun kelahiran
00:07Premier Sarawak dengan menghadiahkan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi.
00:12Abang Johari yang genap 76 tahun hari ini menerima ucapan daripada pengamal media sebelum meneruskan sesi wawancara.
00:21Turut mencuri perhatian ialah penyampaian hadiah berupa sekeping gambar bermingkai oleh juru foto veteran Zul Azhar Shabli.
00:27atau lebih mesra dikenali sebagai Apai yang juga timbalan Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching KDJA.
00:34Foto berkenaan dirakam Apai ketika Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 pada 9 Julai lalu
00:40memaparkan Premier menunggang motosikal di jambatan ikonik tersebut sebelum beliau mengetuai konvoy Sarawak-Kusayang menuju ke Sibu.
00:49Kejutan ringkas itu menceriakan suasana liputan media sekaligus memperlihatkan hubungan akrab yang terjalin antara Premier dan pengamal media di Sarawak.
00:57Abang Johari yang lahir pada 4 Ogos 1950 di Limbang telah berkhidmat dalam petakbiran negeri lebih 4 dekad
01:03apabila terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Satok pada 1981
01:07dan kini menerajui kerajaan Sarawak 9 tahun sebagai Ketua Menteri dan kemudiannya sebagai Premier.
01:14Jangan lupa.
01:17Terima kasih.
Comments