Skip to playerSkip to main content
  • 18 minutes ago
Sebanyak 222 motosikal yang disita ketika RXZ Members 8.0 dipulangkan selepas pemilik dikenakan saman dan melengkapkan dokumentasi. JPJ tegas penguatkuasaan diteruskan.
Transcript
00:00Sebanyak 222 motosikal yang disita ketika program RISAC Members 8 minggu lalu telah dipulangkan kepada pemilik selepas semua proses dokumentasi
00:11selesai dan saman berkaitan dikeluarkan mengikut prosedur.
00:16Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata proses penyerahan semula motosikal itu dilaksanakan secara berperingkat pada 2 dan 3
00:24Ogos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
00:30Menurutnya, kebanyakan motosikal yang disita tidak terlibat dengan sebarang kes jenayah seperti kecurian atau pendaftaran palsu.
00:36Sebaliknya, tindakan diambil atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk pengubah suaian eksos, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tiada cermin sisi,
00:46tiada lesen memandu yang sah, lesen kenderaan moto LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, aksesori tidak sempurna, tiada brake belakang
00:55serta memandu di bawah umur.
00:56Beliau berkata semua pemilik mengakui kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya pada penganjuran RXX members akan datang.
01:06Tambahnya, semua motosikal yang dipulangkan dibawa keluar menggunakan kenderaan, pengangkut atau loda bagi memastikan proses penyerahan berjalan dengan selamat dan
01:14teratur.
01:14Polis Terengganu menegaskan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas akan terus diperkasakan demi memastikan setiap program permotoran berlangsung dalam suasana yang
01:23lebih selamat dan berhemah.
Comments

Recommended