Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan menangani isu ekonomi struktur secara menyeluruh bagi menjamin kelestarian pendapatan rakyat, terutama golongan pengeluar makanan.
Transcript
00:00Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan menangani isu ekonomi, struktur secara menyeluruh bagi menjamin kelestarian pendapatan rakyat, terutama golongan pengeluar
00:11makanan.
00:12Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Minda UKM, Prof. Tan Sri Nur Azlan Ghazali menegaskan,
00:20kecenderungan masyarakat dan sistem negara yang sentiasa menuntut harga barangan makanan kekal murah telah menafikan hak golongan pengeluar untuk menikmati
00:31pendapatan yang adil.
00:32Seterusnya, menghalang mereka keluar daripada kepumpung kemiskinan.
00:38Malaysia ketagih dengan murah. Kita suka murah. Murah is the only thing that we want.
00:47Kalau ada orang boleh tawarkan percuma, lagi kita suka.
00:51Jadi, that's why tawaran percuma ni boleh menang hati.
00:55Jadi, bila kita nak murah, bayangkan dalam keadaan laut bergelora, musim ombak yang berbahaya, monsoon kan,
01:05nak tangkap ikan, nak dapatkan ikan tu berisiko tinggi dan sebagainya.
01:12Jadi, kosnya meningkat.
01:14Tapi, bila harga ikan meningkat, wah, satu negara bising.
01:20Harga beras meningkat, satu negara bising.
01:24Yang miskin itu adalah nelayan.
01:27Yang miskin itu adalah petani.
01:30Tapi, bila sumber pendapatan mereka sepatutnya secara adil, lebih mahal,
01:38satu negara akan menjerit minta murah.
01:41dan desakannya ialah jadikan murah.
01:45Jadi, akibatnya kemiskinan yang ada di kalangan masyarakat kumpulan ini,
01:50dia akan terbelenggu.
01:52Menurut Nora Azlan, isu tersebut mencerminkan masalah struktur ekonomi yang lebih luas,
01:56termasuk kadar pampasan pekerja atau CE yang rendah dan tahap penyertaan wanita dalam tenaga kerja yang masih belum optimum.
02:04Bagi memperkukuhkan agenda ekonomi madani, beliau mencadangkan lima langkah utama,
02:09iaitu menangani isu tenaga kerja dengan mengawal kemasukan buruh asing dan mengurangkan penghijrahan tenaga mahir,
02:14mengurangkan pemusatan kuasa di Putrajaya melalui pemerkasaan negeri dan daerah,
02:20menumpukan perhatian kepada keberhasilan yang meningkatkan kualiti hidup rakyat,
02:25mewujudkan platform komunikasi khusus bagi ekonomi madani,
02:28serta mengurangkan ketegangan politik demi memberi tumpuan kepada agenda ekonomi.
Comments

Recommended