Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam siri serangan udara Israel di Gaza. Insiden berlaku ketika usaha melaksanakan fasa baharu perjanjian gencatan senjata masih berlangsung.
Transcript
00:02Sekurang-kurangnya 18 warga Palestine terbunuh dalam siri serangan udara rejim Zionis di Gaza sejak awal pagi Ahad.
00:10Juru cakap pertahanan awam Gaza, Mahmud Basal berkata drone dan helikopter tentera Israel melancarkan lebih 10 serangan di beberapa lokasi
00:18di seluruh wilayah itu.
00:22Menurut Mahmud, serangan menyasarkan pangsa puri kediaman, kemah yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggal, kenderaan awam serta kawasan tumpuan orang
00:31ramai dari utara hingga selatan Gaza.
00:34Sumber tempatan pula memaklumkan antara yang terkorban ialah seorang komanda Hamas, Kamal Abu Mu'ailik dan isterinya selepas kediaman mereka
00:42di Dir Al-Balah, tengah Gaza menjadi sasaran serangan.
00:45Dalam satu kenyataan, Hamas menggesa negara-negara pengantara dan pihak penjamin perjanjian gencatan senjata supaya memainkan peranan lebih aktif bagi
00:54menghentikan tindakan ketenteraan Israel.
00:56Hamas turut menggesa tekanan antarabangsa dikenakan ke atas Israel bagi memastikan pelaksaan perjanjian yang telah dipersetujui.
01:04Perkembangan itu berlaku selepas anggota Biro Politik Hamas, Bassem Naim, pada Jumaat memaklumkan mereka bersetuju dengan versi terkini pelan hala
01:12tuju bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata selepas rundingan yang disifatkan sebagai getir.
01:18Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, serangan Israel sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada Oktober 2005 telah mengorbankan 1,230 orang.
01:27Jumlah keseluruhan korban di Gaza sejak konflik tercetus pada 7 Oktober 2023 kini dilaporkan mencecah 73,356 orang.
Comments

Recommended