00:00Bekas anggota pasukan khas kelahiran Nepal, Nirmal Purja, yang mencipta kejutan dalam dunia pendakian, dilaporkan meninggal dunia dalam runtuhan salji
00:09di Broad Peak, Pakistan.
00:11Kematian Purja yang berusia 40 tahun itu disahkan syarikatnya, Elite Expedition, menerusi kenyataan di media sosial pada Sabtu.
00:21Kenyataan itu memaklumkan beberapa anggota ekspedisi lain turut disahkan tidak terselamat dalam kejadian berkenaan.
00:29Pihak berkuasa pendakian gunung Pakistan memaklumkan tiada komunikasi diterima daripada kumpulan berkenaan selepas kejadian runtuhan salji pada Khamis.
00:39Purja menjadi antara tokoh paling dikenali dalam dunia pendakian modern selepas melaksanakan misi yang digelarnya sebagai projek possible.
00:47Pada 2019, Purja berusaha mendaki ke semua 14 puncak berketingian lebih 8,000 meter dalam tempoh 7 bulan tetapi berjaya
00:57menyelesaikan cabaran itu dalam tempoh 6 bulan 6 hari.
Comments