Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) boleh dielakkan jika institusi itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap surat amaran berkaitan kedudukan kewangan, tahap rezab dan pengurusan kecairan TH yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak 2014.
Transcript
00:00Krisis kewangan lembaga tabung haji boleh dielakkan jika institusi itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap surat amaran berkaitan kedudukan kewangan, tahap
00:11rezap dan pengurusan kecairan tabung haji yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia BNM sejak 2014.
00:17Menteri di Jabatan Berada Menteri Hal Elwal Agama, Senator Zulkifli Hassan berkata, berdasarkan rekod, BNM telah mengeluarkan 5 surat amaran
00:26kepada pengurusi tabung haji dan menteri yang bertanggungjawab antara Ogos 2014 hingga September 2016.
00:34Sekiranya amaran tersebut ditangani dengan sewajarnya sejak 2014, masalah kewangan tabung haji berkemungkinan dapat dibendung lebih awal.
00:43Dan keperluan kerajaan menyelamatkan tabung haji dapat dielakkan.
00:48Sebaliknya, kedudukan kewangan tabung haji terus merosot sehingga defisit aset liabilitinya melebar kepada kira-kira RM10 bilion pada akhir 2018
00:58yang memerlukan bailout daripada kerajaan untuk menangani, untuk mengelak krisis kewangan yang lebih besar.
01:06Zulkifli berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada mesyuarat khas Dewan Rakyat berkaitan laporan suruhan jaya siasatan diraja RCI berkaitan TH
01:14di Dewan Rakyat pada Selasa.
01:16Zulkifli berkata perkara itu disokong apabila RCI juga berpendapat, TH tidak sepatutnya diberi sijil audit bersih.
01:23Sebaliknya, perkara-perkara yang dinyatakan sebagai emphasis of matter sepatutnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan atau qualified opinion.
01:32Untuk makluman, BNM sejajar dengan fungsinya melibatkan kestabilan kewangan, sentiasa memantau perkembangan dalam institusi kewangan bukan bank, termasuk TH.
01:42Dalam penggulungannya, Zulkifli turut memberikan jaminan bahawa pindaan terhadap Akta 535 akan dilaksanakan segera bagi melengkapkan penambahbaikan tatbir urus yang
01:52telah dilaksana.
01:53Selain itu, beliau berkata Forensic Auditing telah dijalankan terhadap pelaburan yang disenaraikan dalam laporan RCI.
02:00Pihaknya juga akan meneliti pelaksanaan cadangan mewujudkan multi-agensi task force untuk menyiasat setiap pelaburan yang berisiko kerugian.
02:09Sementara itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam
02:15perbahasan RCI berkaitan TH yang bersidang di Dewan Rakyat selama lebih 10 jam hari ini.
02:22Johari kemudiannya menangguhkan mesyuarat khas itu sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Comments

Recommended