Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Penjawat awam yang layak kini boleh bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari dari rumah atau lokasi alternatif menerusi Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang mula berkuat kuasa hari ini. JPA berkata langkah itu adalah sebahagian reformasi perkhidmatan awam ke arah sistem kerja lebih fleksibel dan moden.
Transcript
00:00Dasar hari bekerja hybrid HBH yang membolehkan penjawat awam bekerja 3 hari di pejabat dan 2 hari dari rumah atau
00:08lokasi alternatif mula berkuat kuasa hari ini.
00:12Pelaksanaan dasar itu menandakan perubahan kepada norma kerja tradisional 5 hari seminggu di pejabat selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam
00:20serta perkembangan kaedah kerja modern.
00:24Jabatan Perkhidmatan Awam JPA berkata HBH merupakan pendekatan kalis masa harapan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus cekap dan berkesan
00:33dalam menghadapi perubahan global.
00:35Menurut garis panduan pelaksanaan HBH, bagi negeri yang bercuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, hari Isnin dan Jumat ditetapkan
00:42sebagai hari wajib hadir ke pejabat.
00:44Bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu pula, kehadiran wajib ditetapkan pada Ahad dan Kamis.
00:50Satu lagi hari kehadiran fizikal akan ditentukan oleh ketua jabatan masing-masing, manakala baki dua hari boleh dilaksanakan secara bekerja
00:58dari rumah atau BDR mengikut kesesuaian tugas dan syarat yang ditetapkan.
01:03Melalui dasar itu, pegawai yang layak tidak lagi perlu membuat permohonan khas untuk BDR kerana ia kini menjadi sebahagian daripada
01:10skim kerja tetap tertakluk kepada kelulusan dan penilaian ketua jabatan.
01:14Ketua jabatan juga diberikan kuasa menentukan kelayakan pegawai, termasuk mengarahkan mereka hadir ke pejabat pada hari BDR sekiranya diperlukan atas
01:24kepentingan perkhidmatan.
01:25Kelayakan turut boleh ditarik balik jika pegawai gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
01:31Bagaimanapun, dasar tersebut tidak melibatkan sektor perkhidmatan penting yang memerlukan kehadiran fizikal sepenuhnya,
01:36seperti petugas kaunter, pasukan keselamatan, pertahanan, penguatkuasaan, pendidikan, kesehatan dan mahkamah.
01:44Bagi memastikan produktiviti dan prestasi kerja terus terpelihara, pencapaian output serta kehadiran pegawai akan dipantau menerusi sistem SPORT.ME.
01:54Pegawai juga diwajibkan mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 sentiasa boleh dihubungi dan bersedia hadir ke pejabat pada bila-bila masa
02:02sekiranya diarahkan.
02:04JPA sebelum ini menegaskan bahawa dasar HBH berasaskan prinsip kepercayaan, integriti dan kebertanggungjawaban dengan sokongan teknologi digital
02:13bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus berada pada tahap yang terbaik.
Comments

Recommended