00:00Cadangan menamakan Presiden Wawasan Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri
00:05dikatakan boleh menggugat kerjasama baharu antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional menurut penganalisis.
00:13Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata,
00:17isu calon Perdana Menteri terlalu awal untuk dibangkitkan ketika hubungan kedua-dua gabungan masih sekadar persepahaman bagi menghadapi PRN Negeri
00:25Sembilan.
00:26Katanya cadangan itu berpotensi mencetuskan konflik kerana UMNO dijangka sukar menerima calon daripada gabungan lain
00:33selain boleh menghidupkan semula pergeseran yang sudah pun timbul sebelum ini.
00:38Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting turut berpandangan isu calon Perdana Menteri
00:44antara perkara paling sensitif dalam rundingan politik dan membangkitkannya terlalu awal boleh meretakkan kepercayaan antara BN dan PN.
00:53Bagaimanapun, Zainal Abidin Sanusi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpendapat,
00:59jika hanya cadangan calon Perdana Menteri sudah mampu menggugat kerjasama,
01:03ia menunjukkan pakatan itu sememangnya belum cukup kukuh.
01:07Kedijah Juno, FNT
Comments