00:01Kerajaan perlu menyelesaikan segera isu peletakan jawatan dua menteri jika tidak mahu mengundang lebih banyak persepsi, kata penganalisis.
00:09Chin Yiman dari Universiti Tunku Abdul Rahman berkata kekosongan ditinggalkan Rafi Z. Ramli sebagai Menteri Ekonomi
00:16serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Sandang Nik Nazmini Ahmad perlu diisi segera bagi mengelak konflik dalaman semakin memuncak.
00:25Katanya jika lambat diselesaikan akan wujud persepsi kumpulan penyokong bahawa Rafi Z bertindak untuk undur dari jawatan sebagai tanda protes.
00:35Pagi tadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau belum memikirkan rombakan kabinet susulan pengunduran dua menteri semalam.
00:43Sementara itu Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata peletakan jawatan menteri terbabit sudah dijangka
00:50dan beliau tidak melihat perkara itu akan menggugat kerajaan kerana ia sebenarnya masalah dalaman PKR.
00:57Mazlan juga menjangkakan penyokong Rafi Z dan Nik Nazmi tidak mungkin beralih sokongan terhadap Anwar
01:03malah akan bersatu kembali sebagai satu pasukan dalam PKR.
01:08Hailey Izzati, FMT
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments