Penganalisis berkata pertembungan 'hampir pasti' itu ekoran isyarat seorang pemimpin Umno Sabah akan berlaku pertembungan 'free for all' di kerusi gagal dirunding.
00:00Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mungkin sukar dielakkan di beberapa kerusi pada PRN Sabah yang dikualtiri berisiko merencahkan kerjasama dua gabungan dalam tempoh berkempen, kata penganalisis.
00:14Bilcebala dan Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah, Senada, pertembungan hampir pasti itu ekoran isyarat diberikan Ketua UMNO Libaran Suhaimi Nasir yang menuntut kerusi tradisi parti terbabit yang sebelum ini dipersetujui ditandingi PH.
00:30Bilce memberi amaran bahawa pertembungan ini mampu menjejaskan kepercayaan akar umbi dan pengundi yang melihatnya sebagai ketidaktentuan prinsip.
00:38Walaupun menjadi sekutu di peringkat persekutuan, BN merupakan pembangkang di Sabah manakala PH mempunyai pakatan berasingan dengan BN dan juga gabungan rakyat Sabah yang enggan bekerjasama antara satu sama lain.
00:51Syahruddin berpandangan ketidaksepahaman di beberapa kerusi berpotensi menjejaskan hubungan BN-PH, susulan risiko serangan peribadi serta isu sensitif dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen.
01:04Dalam pada itu, Bilce dan Syahruddin percaya kerjasama pasca pilihan raya antara BN dan PH kemungkinan besar akan berulang mengambil kira danimika politik di Sabah sejak PRU 2018 dan PRN 2020.
Be the first to comment