Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jabatan Peguam Negara akan meneliti segera Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020 untuk menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara AGC akan meneliti segera laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji
00:10TH.
00:10Menerusi satu kenyataan, AGC menjelaskan langkah itu bagi menentukan sama ada wujud pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendakwaan.
00:21AGC menegaskan langkah itu penting bagi memelihara integriti siasatan serta mengekalkan keyakinan terhadap kewibawaan dan peranan TH.
00:30AGC memaklumkan pihaknya menyambut baik keputusan Jemaah Menteri untuk mengelaskan semua laporan RCI berkenaan dan mendedahkannya kepada umum.
00:39Dalam peritu pihaknya memandang serius penemuan terkandung dalam laporan tersebut khususnya berkaitan aspek pengurusan, pelaburan serta dawaan salah laku membabitkan
00:49TH.
00:50Menurut kenyataan itu, tindakan segera akan diambil bagi meneliti laporan berkenaan untuk memastikan semua aspek siasatan oleh badan penguatkuasa dilaksanakan
01:00secara menyeluruh dan komprehensif.
01:02Langkah itu bagi membolehkan pertimbangan dibuat untuk menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan pendawaan.
01:12AGC berkata sebarang keputusan pendawaan akan dibuat berdasarkan undang-undang serta keterangan yang boleh diterima mahkamah tanpa dipengaruhi tekanan luar
01:21atau sentimen awam.
01:22Dalam peritu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan.
Comments

Recommended