Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
AWANI Borneo Khamis 30 Julai 2026 bersama Assim Hassan
1. BKNS peruntuk biasiswa lebih RM100 juta untuk persiap masa depan Anak Sabah.
2. Jelajah Minggu Sains Negara dekati pelajar seluruh Sarawak.
3. Lebih 3,6000 tanah persekutuan dikembalikan kepada Sarawak.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:08Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Asim Hassan dalam Awani Borneo berikut tajuk utama untuk anda malam ini.
00:20Biasiswa 100 juta ringgit untuk pesiap masa depan anak Sabah.
00:27Jelajah Minggu Sains Negara dekati pelajar seluruh Sarawak.
00:35Lebih 3,600 tanah persekutuan dikembalikan kepada Sarawak.
00:45Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan lebih 100 juta ringgit untuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah atau BKNS tahun ini dalam usaha memperkukuh
00:54agenda pembangunan modal insan di negeri itu.
00:57Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Jinur berkata peruntukan berkenaan memberi manfaat kepada ribuan pelajar yang melanjutkan pengajian khususnya dalam
01:06bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM.
01:10Jumlah keseluruhan pelajar yang telah ditajak Biasiswa Kerajaan Negeri setakat tahun ini adalah berjumlah 13,389 orang pelajar sedia ada
01:27dan pelajar baharu.
01:29Komitmen dan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memajukan sektor pendidikan amat ketara dan dapat dilihat dengan jelas melalui pelbagai inisiatif yang
01:45dilaksanakan.
01:46Haji Jinur berkata BKNS turut menambah 10 penerima anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan penerima
01:56anugerah itu seramai 60 orang.
01:58Katanya, Kerajaan Negeri juga menawarkan skim Biasiswa utama lain termasuk Biasiswa Anugerah TYT Sabah, Biasiswa Perdana BCKNS serta Biasiswa Program
02:09B40 dan Luar Bandar.
02:11Ujar Haji Ji, inisiatif tersebut selaras dengan keperluan Sabah untuk menambah tenaga kerja mahir kesihatan selain membekalkan latihan profesional dalam
02:19bidang kritikal.
02:22Sarawak memperluaskan usaha memperkasa pendidikan sains teknologi kejuteraan dan matematik STEM ke kawasan luar bandar menerusi siri jelajah Minggu Sains
02:32Negara MSN Zun Sarawak 2026.
02:34Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato' Roland Sagah berkata, siri jelajah itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 10
02:44,000 peserta di seluruh negeri.
02:48Berucap ketika merasmikan Minggu Sains Negara Zun Sarawak 2026 di Pusat Sains Sarawak, Roland berkata,
02:55program berkenaan akan diteruskan melalui karnival dan jelajah STEM yang disepadukan dengan program STEM katalis ke sekolah-sekolah luar bandar
03:04termasuk di Meradong, Bintulu dan Belaga.
03:07Pendekatan itu jelasnya bertujuan memastikan pendidikan STEM tidak hanya tertumpu di bandar, sebaliknya dapat dinikmati oleh pelajar tanpa mengira lokasi
03:16mereka.
03:16Pembangunan program ini akan berkata langsung ke sekolah-sekolah di Meradong, Bintulu dan Belaga.
03:26Bukan di tempat, hanya di tempat berkata langsung ke sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah-sekolah
03:38-sekolah.
03:40Saya berhati-kata bahawa kembali selebrasi dan STEM trailblazers di Kuching, Miri dan Cebu bersama dengan STEM roadshow di Meradong,
03:55Bintulu dan Belaga
03:56akan berharap mencapai lebih daripada 10,000 participants.
04:08The majority of whom are students from rural communities.
04:14Tambahnya, Kerajaan Negeri Komited membangunkan bakat STEM secara menyeluruh bermula daripada pendidikan awal di sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi
04:24menerusi pelbagai inisiatif termasuk program dui bahasa DLP, penyediaan komputer, peningkatan capaian internet di sekolah luar bandar, program STEM katalis
04:35dan skim pendidikan tinggi percuma FTES.
04:38Beliau berkata usaha berterusan itu penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu menyokong aspirasi Sarawak dalam bidang inovasi,
04:46teknologi dan ekonomi masa depan.
04:49Kerajaan Pusat bersetuju melepaskan hak ke atas lebih 3,600 hektare tanah persekutuan di Sarawak, termasuk tapak strategik Rajang Area
04:58Security Command, RASCOM di Sibu.
05:01Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata,
05:06pelepasan itu dengan persetujuan Kerajaan Sarawak membayar hampir RM10 juta bagi pengambil alihan tanah tersebut.
05:14Menurutnya, pelepasan hak persekutuan itu melibatkan empat kawasan di bawah tapak RASCOM iaitu Nanga Tadar, Nanga Jagau, Nanga Ngungun dan
05:23Nanga Sekuau dengan keluasan keseluruhan 3,655.6 hektare.
05:31Ia sekaligus memberi lebih ruang kepada Sarawak merancang pembangunan mengikut keutamaan negeri.
05:36Sebagai sebahagian daripada proses tersebut, Kerajaan Sarawak akan membuat pembayaran balik sebanyak RM9.98 juta bagi kos pengambilan balik tanah
05:46serta cukai tanah milik Pesuruh Jaya Tanah Persekutuan di Sarawak.
05:50Mustafa berkata, perdekatan itu membuktikan pelaksanaan MA63 dibuat secara teratur mengikut lunas undang-undang serta hasil kerjasama erat antara Kerajaan
06:01Pusat dan Negeri.
06:02Katanya lagi, keputusan itu melengkapkan pelaksanaan Keputusan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang sebelum ini turut menaksikan penyerahan semula
06:14beberapa lot tanah persekutuan yang tidak dibangunkan kepada Kerajaan Sarawak.
06:18Ia bagi membolehkan kawasan berkenaan dirancang dan dimajukan mengikut keutamaan pembangunan negeri.
06:26Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau atau FKAT 2026 bukan sekadar pentas memperagakan budaya warisan masyarakat tempatan.
06:36Sebaliknya berkembang menjadi medan diplomasi budaya yang mempertemukan 32 etnik Sabah dengan delegasi antarabangsa.
06:44Penyataan empat negara tahun ini sekaligus membuka ruang memperkenalkan wajah Sabah yang berbilang budaya namun kekal bersatu dalam keharmonian.
06:58Lebih sedekat selepas diperkenalkan, FKAT kini memasuki edisi ke-11 dengan skala yang semakin besar.
07:06Empat negara iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia hadir membawa identiti budaya masing-masing manakala 32 etnik tempatan menjadi wajah
07:16kepelbagaian Sabah.
07:17Bagi Menteri Pembangunan Belia Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, perkembangan ini membuktikan budaya kini
07:26menjadi salah satu kekuatan Sabah dalam membina hubungan dengan dunia luar.
07:30Sudah semestinya apabila negara luar datang ke perbandaran Tawau, mereka juga akan dapat melihat kepelbagaian budaya yang ada di tempat
07:40kita.
07:42Walaupun berbilang pelbagai namun kita dapat hidup bersama-sama, hormat menghormati, hidup dalam penuh keharmonian dan sentiasa bekerjasama.
07:53Demi memastikan negara kita ataupun negeri kita ataupun daerah kita sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni, yang aman, sejahtera dan
08:03terus membangun.
08:05Ujar Nizam, kecintaan terhadap warisan perlu dipupuk agar kepelbagaian budaya tidak sekadar menjadi sejarah.
08:11Kita ingin melahirkan rasa kecintaan kepada rakyat yang ada di Tawau ini supaya sentiasa ingat asal-usul mereka dan mempertahankan
08:27budaya mereka agar tidak hilang di telan zaman dan seterusnya perkara-perkara yang menjadi amalan yang baik akan terus dipertahankan
08:39sampai bila-bila masa.
08:40Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan jamuan malam selamat datang atau welcoming dinner sempenai FKAT 2016 di Dewan Masyarakat
08:51Tawau pada Rabu.
08:54Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung pengurusan Lembaga
09:04Tabung Haji atau TH.
09:05Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata sidang khas itu akan bermula pada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga selesai.
09:16Jelas Anwar cadangan untuk mengadakan sidang khas berkenaan juga telah dipersetujui oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
09:38Beliau berkata demikian selepas ditemui pada madalis pelancaran Ibu Pejabat Baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank pada Khamis.
09:46Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat isu berkaitan pengurusan TH dengan laporan Suruhanjaya itu dijangka menjadi asas kepada
09:56perbahasan oleh Ahli Parlimen pada sidang khas berkenaan.
09:59Pada Rabu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi Lembaga TH bagi
10:08tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman.
10:14Setakat ini, sebanyak 75% daripada 25 syur yang dikemukakan RCI telah dilaksanakan.
10:20Antara dapatan utama Suruhanjaya itu ialah TH sepatutnya merekodkan kerugian sebanyak RM1.4 bilion pada 2017, bukannya keuntungan RM3.4
10:32bilion seperti yang dilaporkan dalam penyata keuangannya.
10:36RCI turut mengenalpasti kelemahan dalam aspek takbir urus termasuk kuasa menteri yang terlalu luas dalam pelantikan, pertindihan peranan antara Ahli
10:45Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan serta kebimbangan terhadap pengaruh politik.
10:53Sebanyak 77 menara telekomunikasi baru bakal dibina di sepanjang kira-kira 50 km jajaran di Leboraya dikenalpasti mempunyai liputan telekomunikasi
11:04tidak memuaskan.
11:06Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Natalinggi berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memperkukuh ketersambungan digital dan menyokong pembangunan Leboraya pintar
11:15di negara ini.
11:18Hasil daripada kerjasama strategik ini, MCMC menyasarkan pembinaan 77 menara telekomunikasi baru di sepanjang kira-kira 50 km jajaran Leboraya
11:32yang telah dikenalpasti tidak mempunyai liputan telekomunikasi yang memuaskan.
11:40Saya berharap angka ini betul, statistik ini.
11:43Sebab saya baca teks yang dah disediakan ini, 77 menara telekomunikasi baru ini.
11:50Ini merupakan satu langkah yang signifikan dalam usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan infrastruktur negara
11:58serta memastikan manfaat pembangunan digital dapatlah dirasai dengan lebih meluas.
12:06Lebih penting, usaha ini membuktikan komitmen kerajaan medani untuk memastikan tiada kawasan strategik yang tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan
12:18teknologi negara.
12:20Alexander berkata, pembangunan infrastruktur negara kini perlu dilihat bukan sahaja dari aspek fizikal,
12:26malah perlu bergerak seiring dengan pembangunan infrastruktur digital.
12:30Dalam pada itu katanya, pembangunan Leboraya Pintar memerlukan penyelarasan rapat antara infrastruktur jalan raya dan komunikasi
12:38bagi menyokong teknologi seperti sistem pengangkutan pintar, analitik trafik berdasarkan data serta sistem multi-lane free flow MLFFF.
12:48LLM akan terus bertindak sebagai pemudah cara bagi menyelaraskan kerjasama antara syarikat konsensi Leboraya,
12:56penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan agensi teknikal bagi mempercepatkan pelaksanaan projek demi manfaat pengguna Leboraya.
13:06Kebimbangan seorang bapa selepas anak perempuannya tidak pulang ke rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing
13:12yang disyaki merogol remaja bawah umur itu dalam satu operasi di Tawau, Sabah.
13:18Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilinton Ichanawad berkata,
13:23suspek berusia lingkungan 18 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta di sebuah masjid di Batu 2, Jalan Apas.
13:32Dalam kenyataan pada Rabu, siasatan bermula selepas bapa mangsa membuat laporan polis memaklumkan
13:39anak perempuannya berusia 15 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah telah ditemukan di Fajar Tawau.
13:46Hasil siasatan mendapati, mangsa mengaku telah tinggal bersama suspek di sebuah bilik sewa dan berlaku hubungan intim antara mereka.
13:54Suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu disiasat mengikut Seksyen 376-1 Kanun Kesiksaan
14:03kerana disyaki melakukan kesalahan rugul serta Seksyen 6-1-C Akta Immigration 1959 Palang 63.
14:17Sekian Awani Borneo dapatkan segala maklumat mengenai calon dan aspirasi rakyat Negeri Sembilan
14:24serta laporan komprehensif menjelang Negeri Sembilan memilih dan segala maklumat lain dalam esroawani.com
14:31juga aplikasi Esro Awani.
14:33Terima kasih kerana menonton saluran berita paling dipercaya di Malaysia.
14:38Saya Asim Hassan, salam hormat. Assalamualaikum.
14:52Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended