Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan Pusat bersetuju melepaskan hak ke atas lebih 3,600 hektar tanah Persekutuan di Sarawak, termasuk tapak strategik Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sibu.
Transcript
00:00Kerajaan pusat bersetuju melepaskan hak ke atas lebih 3,600 hektare tanah persekutuan di Sarawak, termasuk tapak strategik Rajang Area
00:08Security Command, RASKOM, di Sibu.
00:11Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata, pelepasan itu dengan persetujuan kerajaan Sarawak membayar hampir
00:19RM10 juta bagi pengambil alihan tanah tersebut.
00:24Menurutnya, pelepasan hak persekutuan itu melibatkan empat kawasan di bawah tapak RASKOM.
00:30iaitu Nangatada, Nangajagau, Nangangungun dan Nangasekuau dengan keluasan keseluruhan 3,655.6 hektare.
00:41Ia sekaligus memberi lebih ruang kepada Sarawak merancang pembangunan mengikut keutamaan negeri.
00:46Sebagai sebahagian daripada proses tersebut, kerajaan Sarawak akan membuat pembayaran balik sebanyak RM9.98 juta bagi kos pengambilan balik tanah
00:56serta cukai tanah milik pesuruh jaya tanah persekutuan di Sarawak.
01:00Mustafa berkata, perdekatan itu membuktikan pelaksanaan MA63 dibuat secara teratur mengikut lunas undang-undang serta hasil kerjasama erat antara kerajaan
01:11pusat dan negeri.
01:12Katanya lagi, keputusan itu melengkapkan pelaksanaan Keputusan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
01:20yang sebelum ini turut menaksikan penyerahan semula beberapa lok tanah persekutuan yang tidak dibangunkan kepada kerajaan Sarawak.
01:28Ia bagi membolehkan kawasan berkenaan dirancang dan dimajukan mengikut keutamaan pembangunan negeri.
Comments

Recommended