Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebanyak 77 menara telekomunikasi baharu akan dibina di sepanjang kira-kira 50 kilometer jajaran lebuh raya yang dikenal pasti mempunyai liputan telekomunikasi tidak memuaskan, menerusi kerjasama strategik antara MCMC dan LLM.
Transcript
00:00Sebanyak 77 menara telekomunikasi baru bakal dibina di sepanjang kira-kira 50 km jajaran di Leboraya dikenalpasti.
00:08Mempunyai liputan telekomunikasi tidak memuaskan.
00:12Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Natalinggi berkata,
00:16inisiatif itu dilaksanakan bagi memperkukuh ketersambungan digital dan menyokong pembangunan Leboraya pintar di negara ini.
00:24Hasil daripada kerjasama strategik ini, MCMC menyasarkan pembinaan 77 menara telekomunikasi baru di sepanjang kira-kira 50 km jajaran Leboraya
00:38yang telah dikenalpasti, iaitu tidak mempunyai liputan telekomunikasi yang memuaskan.
00:46Saya berharap angka ini betul, statistik ini.
00:48Sebab saya baca teks yang dah disediakan ini, 77 menara telekomunikasi baru ini.
00:57Ini merupakan satu langkah yang signifikan dalam usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan infrastruktur negara
01:04serta memastikan manfaat pembangunan digital dapatlah dirasai dengan lebih meluas.
01:12Lebih penting, usaha ini membuktikan komitmen kerajaan merdani untuk memastikan tiada kawasan strategik yang tercicir daripada arus pembangunan dan kemajuan
01:25teknologi negara.
01:26Alexander berkata, pembangunan infrastruktur negara kini perlu dilihat bukan sahaja dari aspek fizikal, malah perlu bergerak seiring dengan pembangunan infrastruktur
01:36digital.
01:36Dalam pada itu, katanya pembangunan lebuh raya pintar memerlukan penyelarasan rapat antara infrastruktur jalan raya dan komunikasi
01:44bagi menyokong teknologi seperti sistem pengangkutan pintar, analitik trafik berdasarkan data serta sistem multi-lane free flow MLFFF.
01:55LLM akan terus bertindak sebagai pemuda cara bagi menyelaraskan kerjasama antara syarikat konsensi lebuh raya, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan agensi
02:05teknikal bagi mempercepatkan pelaksanaan projek demi manfaat pengguna lebuh raya.
02:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended