00:00Memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas FTA antara Malaysia dan Kesatuan Eropah EU terus diperkukuh apabila hampir 30 syarikat Eropah akan mengadakan
00:09lawatan rasmi ke Kuala Lumpur minggu depan.
00:12Lawatan itu dilihat sebagai isyarat keyakinan komuniti perniagaan Eropah terhadap Malaysia selain mengukuhkan usaha kedua-dua pihak untuk memuktamadkan FTA
00:21menjelang 2027.
00:25Delegasi berkenaan akan berada di Kuala Lumpur dari 4 hingga 6 Ogos bagi menghadiri siri pertemuan bersama Menteri Pelaburan Perdagangan
00:34dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Pegawai Kanan Kerajaan.
00:39Pertemuan itu turut dijangka membincangkan usaha memberkukuh perdagangan dan pelaburan dua hala.
00:44Di samping meneroka peluang kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan AI, ekonomi digital, pembuatan termaju, kesihatan dan pemakanan, tenaga bersih serta
00:53infrastruktur mampan.
00:54Pengarah Eksekutif EU ABC Chris Humphrey berkata komuniti perniagaan Eropah menyokong sasaran berkenaan kerana ia dijangka memperluas akses pasaran, mengurangkan
01:05halangan bukan tarif dan memudahkan urusan perdagangan.
01:08Selain Johari, delegasi itu turut di jadual bertemu beberapa wakil kementerian dan agensi ekonomi utama termasuk Bank Negara Malaysia BNM,
01:17Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MAIDA dan Jabatan Kustom Tiraja Malaysia.
01:21EU kini antara lima rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan dua hala mencecah 48.9 bilion euro pada 2025,
01:32manakala pelaburan Eropah di Malaysia bernilai 33.1 bilion euro setakat 2024.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments