Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pengeluar automotif Korea Selatan, Kia Corp akan mengeluarkan dan menjual kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya di Mexico, sekali gus memperkukuh kehadirannya di negara Amerika Latin itu.
Transcript
00:00Pengeluar otomotif Korea Selatan Kia Corporation akan mengeluarkan dan menjual kenderaan elektrik EV sepenuhnya di Meksiko
00:09sekaligus memperkukuh kehadirannya di negara Amerika Latin itu.
00:13Pengarah urusan Kia Meksiko, Horacio Chavez berkata syarikat itu akan melabur sebanyak 649 juta dolar Amerika bagi tujuan berkenaan.
00:25Beliau mengumumkan perkara itu pada Rabu semasa sidang media harian Presiden Meksiko, Claudia Sheinbaum.
00:50Sementara itu, Menteri Ekonomi Meksiko Marcelo Ebrard berkata model EV3 yang kini dihasilkan di Korea Selatan
00:59akan mula dikeluarkan di kilang Kia di negeri Nouveau-Lyon mulai 4 Ogos.
01:38Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pengeluar otomotif utama seperti Toyota Motor Corporation dan General Motors Company
01:46telah mengumumkan rancangan untuk memperluas kapasiti pengeluaran mereka di Amerika Syarikat
01:52serta memindahkan sebahagian operasi pengeluaran kenderaan ke negara itu.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended