00:00Meta Platforms menaikkan unjuran perbelanjaan tahunan bagi 2026 ketika syarikat itu terus memperkukuh pelaburan dalam kecedasan buatan AI menerusi pembinaan
00:11lebih banyak pusat data berskala besar.
00:13Syarikat induk Facebook itu kini mengunjurkan perbelanjaan modal ataupun capex antara $130 bilion Amerika hingga $145 bilion bagi tahun 2026
00:24berbanding unjuran terdahulu $125 bilion hingga $145 bilion.
00:34Semakan itu juga dibuat bagi mengambil kira caj berkaitan proseding undang-undang berjublah $2.4 bilion Amerika.
00:42Susulah pengumuman itu saham Meta susut kira-kira 5% dalam dagangan selepas waktu pasaran.
00:49Perniagaan pengiklanan kekal menjadi pemacu utama pendapatan Meta dengan platform Reels bersaing dengan TikTok dan YouTube Shorts manakala threads terus
00:58mencabar platform X milik Elon Musk.
01:00Pendapatan daripada pengiklanan itu turut membiayai pelaburan besar Meta dalam pembangunan AI, termasuk membantu digital Meta AI, cermin mata pintar
01:11berasaskan AI serta usaha membangunkan teknologi super intelligence.
01:16Menurut firma penyelidikan Medicine & Wall, perbelanjaan pengiklanan media sosial dijangka meningkat 14% kepada $421 bilion pada 2026.
01:28didorong acara sukan global seperti sukan Olimpik Musim Seju dan Piala Dunia FIFA.
01:35Meta kini membina beberapa pusat data berskala gigawatt di Amerika Syarikat, termasuk projek di Louisiana yang dijangka mencapai kapasiti pengkomputiran
01:455 gigawatt dengan nilai pelaburan melebih $5 bilion Amerika.
01:50Bagaimanapun, syarikat itu terus berdepan tekanan daripada pelabur yang mempersoalkan peningkatan perbelanjaan AI.
01:57Selain berdepan risiko perundangan berkaitan isu privasi dan dakwaan platform Facebook serta Instagram direka untuk menyebabkan ketagihan dalam kalangan pengguna
02:09muda.
Comments