Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
RHB Research menjangka KPJ mendapat manfaat daripada pelaksanaan MHIT dan sistem DRG susulan rangkaian hospital sekunder serta komuniti yang meluas di seluruh negara.
Transcript
00:00KPJ Healthcare berhad KPJ dijangka menjadi antara penerima manfaat terbesar
00:04apabila pelaksanaan insurans dan takaful perbatan serta kesihatan atau MHIT
00:09dan sistem pembayaran berasaskan diagnosis Related Group atau DRG
00:14dilakukan secara menyeluruh pada masa hadapan.
00:18RHB Research berkata KPJ berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan
00:23pembaharuan tersebut menerusi rangkaian hospital sekunder dan komuniti yang luas.
00:30Firma penyelidikan itu berkata faktor tersebut membolehkan KPJ berada dalam kedudukan lebih kukuh
00:36berbanding pesaing lain apabila sistem pembiayaan penjagaan kesihatan negara
00:40beralih kepada model lebih mampan.
00:42Sehubungan itu RHB Research mengekalkan saranan overweight terhadap sektor penjagaan kesihatan
00:48dengan KPJ Healthcare terus menjadi saham pilihan utama bersama Duo Pharma Biotech Berhad
00:54dan LAC Medical Group Berhad.
00:56Dalam pada itu, antara perkembangan penting yang dibincangkan dalam simposium sasanan Bank Negara Malaysia
01:02ialah pengendala mekanisme soft landing menerusi pelarasan hybrid diagnosis Related Groups
01:08fee-for-service DRG-FFS bagi mengurangkan risiko kejutan majin kepada pengendali hospital swasta
01:14sepanjang tempoh peralihan kepada sistem harga berasaskan DRG.
01:18Walaupun peralihan daripada sistem bayaran kepada perkhidmatan FFS kepada kadar DRG
01:24dijangka menghadkan keupayaan hospital swasta meningkatkan hasil menerusi pengambilan beritem-itemized billing
01:30seperti ubat-ubatan, ujian makmal dan bahan guna habis,
01:34RHB Research menjangkakan impak kewangan dalam tempoh terdekat adalah minimum.
01:39Dalam perkembangan berkaitan, RHB Research berkata pelaksanaan Malaysia Digital Health Certification Network MDHCN
01:47turut menunjukkan kemajuan positif apabila beberapa pengendali hospital swasta utama
01:51telah menyertai projek perintis rangkaian tersebut.
01:55Menurut RHB Research, kebimbangan pengendali hospital swasta terhadap isu privasi dan perkongsian data
02:01dijangka dapat diatasi melalui rangka kerja persetujuan jelas yang dikawal sendiri oleh pesakit
02:08membolehkan akses kepada rekod kesihatan diberikan mengikut tempoh tertentu menerusi aplikasi MySejahtera.
02:14Firma pendidikan itu bagaimanapun berkata, risiko kepada prospek sektor termasuk peningkatan kos operasi yang lebih tinggi
02:20daripada jangkaan, pertumbuhan jumlah pesakit atau intensiti hasil yang lebih perlahan
02:25selain sebarang perubahan dasar kawal sedia yang tidak memihak.
Comments

Recommended