Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Perolehan aset untuk TDM, TLDM dan TUDM sedang dilaksanakan pada pelbagai peringkat bagi meningkatkan kesiapsiagaan serta keupayaan pertahanan negara.
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan Mindef memaklumkan pembelian aset strategik untuk Angkatan Tentera Malaysia ATM
00:05bernilai lebih RM6 bilion di bawah Belanjawan 2026 dan Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.
00:15Kementerian itu berkata pembelian aset melibatkan ketiga-tiga cabang ATM iaitu Tentera Darat Malaysia TDM,
00:22Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM itu bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan negara.
00:34Bagi TDM, kerajaan meluluskan 16 projek perolehan bernilai RM1.57 bilion
00:41menangkumi sistem pertahanan udara jarak dekat, sistem komunikasi taktikal, aset mobiliti, persenjataan
00:49serta pelbagai peralatan khusus bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi pasukan.
00:55Sementara itu, TLDM menerima kelulusan bagi tiga projek utama bernilai RM2.74 bilion
01:02melibatkan perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan MRSS.
01:08Sistem pelancar peluru berpandu permukaan ke permukaan SSM untuk kapal skuadron peronda ke-17
01:15serta penggantian sistem action speed tactical trainer ASTT.
01:21Menurut Mindef, proses perolehan MRSS kini berada pada peringkat mendapatkan maklum balas
01:27daripada negara-negara yang dikenal pasti menerusi kaedah kerajaan dengan kerajaan G2G
01:32manakala perolehan sistem SSM dan ASTT dijangka dimuktamadkan sebelum penghujung 2026.
01:41Bagi TUDM pula, program perolehan melibatkan dua bateri sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak sederhana
01:48MERAD Fasa 1 di bawah RMK13
01:52serta projek naik taraf pertengahan hayat MLU bagi helikopter EC-725AP
01:58bagi memastikan aset tersebut terus relevan dan memenuhi keperluan operasi semasa.
02:05Kementerian itu berkata, kedua-dua projek perolehan baharu TUDM tersebut
02:10dianggarkan bernilai RM3 bilion dengan surat setuju terima LOA dijangka ditandatangani pada 2027.
02:17Dalam masa sama, pasukan kajian Ground Base Air Defence GBAD ATM
02:24sedang melaksanakan penilaian teknikal terhadap beberapa sistem pertahanan udara
02:29yang bersesuaian sebelum proses perolehan dimuktamadkan.
02:34MINDEF menegaskan akan terus memantau pelaksanaan semua projek secara rapi
02:38bagi memastikan setiap aset strategik dapat diserahkan mengikut jadual
02:43sekaligus mempukukuh keupayaan pertahanan negara
02:46serta kesiap siagaan ATM dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa.
Comments

Recommended