00:00Enam lelaki didenda oleh Mahkamah Magistrat Air Keroh pada Khamis
00:03selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang warga Cina
00:08menggunakan batang besi serta melakukan pemerasan
00:11membabitkan sebuah jam tangan mewah jenama Patek Filipe.
00:15Lima tertuduh, Syamsul Arif Sadun, 42 tahun,
00:19Chi Yi Hao, 32 tahun,
00:22Chong Man Fai, 26 tahun,
00:24Tan Cheng Hock, 33 tahun,
00:27dan Muhammad Ajmal Kunumun, 27 tahun,
00:30membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan
00:33di hadapan Magistrat Syarda Sinha Mohamad Sulaiman.
00:37Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja
00:41menyebabkan kecederaan menggunakan dua batang besi terhadap mangsa,
00:45Xiang Xiao Biao.
00:47Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 7 malam pada 20 Julai
00:51hingga 2 pagi pada 21 Julai 2026
00:55di sebuah unit di Admiral Residence, Jalan KLJ 2.
01:00Melaka Tengah.
01:01Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan
01:05dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
01:09Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman
01:11denda RM6,500 setiap seorang
01:14atau penjara 8 bulan jika gagal membayar denda.
01:18Dalam proseding sama,
01:20Yi Hao bersama seorang lagi tertuduh,
01:22Chen Xianfei, 40 tahun,
01:24turut mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan
01:27pemerasan terhadap seorang lagi mangsa
01:29dengan merampas sebuah jam tangan jenama Petek Filipe
01:33tanpa alasan yang munasabah di lokasi dan pada waktu yang sama.
01:38Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan
01:42dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
01:45Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,500
01:49atau penjara 8 bulan jika gagal membayar denda.
01:53Sementara itu, Xianfei turut mengaku bersalah
01:56atas pertuduhan berada di Malaysia
01:58tanpa memiliki pas yang sah
02:00mengikut Seksyen 6 Kurungan 1 Kurungan C
02:03Akta Imigrasi 1959 atau 63
02:08dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 Kurungan 3
02:11Akta yang sama.
02:13Bagi kesalahan itu,
02:14Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000
02:17atau penjara 8 bulan jika gagal membayar denda.
02:23Terima kasih.
02:25Terima kasih.
Comments