00:00Kenderaan mewah milik warga asing antara 107 yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang
00:07menerusi op khas pemandu warga asing, PEWA, yang dilaksanakan sejak 16 Jun lalu.
00:13Antara yang disita adalah Toyota Alpart, Toyota Land Cruiser dan Toyota Hilux.
00:18Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifli Ismail, berkata operasi khas itu dijalankan secara berterusan
00:24bagi membanteras kegiatan warga asing yang memandu atau mengendalikan kenderaan tanpa lesen memandu yang sah.
00:32Menurutnya, operasi berkenaan turut memberi tumpuan kepada pemilik kenderaan
00:36yang didapati membenarkan atau menyerahkan kenderaan mereka
00:39untuk dipandu oleh individu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah.
00:44Zulkifli berkata ada warga asing yang membeli motosikal menggunakan nama warga tempatan
00:49selain menyewa kenderaan daripada pemilik tempatan.
00:52Tambah beliau, sepanjang operasi daripada 16 Jun hingga 30 Julai,
00:57sebanyak 8,458 kenderaan yang dipandu warga asing telah diperiksa.
01:03Daripada jumlah itu, 317 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan,
01:085,087 notis dikeluarkan dan 107 kenderaan disita.
01:14Mengulas mengenai tindakan terhadap pemilik kenderaan, beliau berkata,
01:17mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,
01:21bukan sahaja pemandu warga asing yang tidak memiliki lesen memandu sah dikenakan tindakan,
01:26malah pemilik kenderaan juga boleh disaman
01:28kerana membenarkan individu tidak layak memandu kenderaan mereka.
01:32Selain dikenakan saman kerana memandu tanpa lesen,
01:35kenderaan yang digunakan juga akan disita.
01:38Menurutnya, bagi kenderaan mewah yang dimiliki sendiri,
01:42kebanyakannya melibatkan warga asing yang bekerja sebagai golongan profesional
01:46atau ahli perniagaan.
01:47Beliau berkata antara warga asing yang dikesan memandu tanpa lesen sah
01:51ialah dari China dan Myanmar.
Comments